Buat Aksi ‘Menyusu’ Di Tempat Awam, Status Pasangan ‘Couple’ Disiasat JAIM

15 Sep 2026 • 2:12 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) akan menjalankan siasatan berhubung satu klip video tular yang memaparkan aksi mesra sepasang lelaki dan wanita di sebuah kedai makan di Malim Jaya, Melaka.

Video berdurasi 11 saat itu memaparkan lelaki berkenaan melentokkan kepala di bahu wanita tersebut sebelum dirangkul dan dibelai mesra ketika berada di premis awam.

Advertisement

pasangan

Perkongsian berkenaan mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen yang rata-rata menganggap aksi tersebut kurang sesuai dilakukan di tempat awam, meskipun pasangan berkenaan mempunyai ikatan sah sebagai suami isteri.

Malah, terdapat juga komen yang mendakwa kedua-duanya merupakan pelajar sebuah institusi pengajian tinggi di sekitar Malim Jaya, namun perkara itu masih belum dapat disahkan.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama Melaka, Datuk Rahmad Mariman berkata, JAIM akan mengenal pasti identiti pasangan tersebut termasuk status hubungan mereka.

“JAIM akan siasat perkara ini termasuk mengenal pasti sama ada mereka suami isteri atau sebaliknya.

“Kita juga akan melihat dari sudut peruntukan undang-undang syariah yang berkaitan sekiranya terdapat unsur perbuatan tidak sopan di tempat awam,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Menurutnya, meskipun pasangan berkenaan mempunyai ikatan perkahwinan, perbuatan seperti itu tetap dianggap kurang sesuai dilakukan secara terbuka kerana perlu menjaga adab dan sensitiviti masyarakat, memetik KOSMO.

“Walaupun mereka suami isteri, aksi sedemikian tetap kurang sesuai dilakukan di khalayak ramai kerana kita perlu menjaga adab dan kesopanan.

“Tindakan berkaitan perbuatan tidak sopan di tempat awam boleh diambil mengikut peruntukan di bawah Enakmen Kesalahan Syariah Negeri Melaka 1991,” katanya.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan id bawah.

sfa2026-09-15 10:32:33

Tular Tendang Anak Perempuan Di Restoran, Lelaki 40-an Serah Diri Kepada Polis

The post Buat Aksi ‘Menyusu’ Di Tempat Awam, Status Pasangan ‘Couple’ Disiasat JAIM first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved