JAIM Siasat Video Pasangan Buat Aksi Tak Senonoh Di Kedai Makan Di Melaka

15 Sep 2026 • 3:48 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

ft pasangan buat aksi tak seonoh

Pasangan yang tular berpelukan di sebuah kedai makan yang terletak di Malim Jaya, semalam kini sedang disiasat oleh Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM).

EXCO Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama negeri, Datuk Rahmad Mariman berkata pihak JAIM akan mengenal pasti identiti pasangan tersebut termasuklah status hubungan mereka.

Artikel berkaitan : Wanita Dakwa Jadi Mangsa Perkosa Siak Di Bilik Jenazah Rupanya Ada ‘Plot Twist’? Polis Serah JAIM Siasat

Artikel berkaitan : JAIM Tahan Pempengaruh Lelaki Berpakaian Wanita Masa Tengah ‘Live’ Di TikTok

“Pihak JAIM akan meneliti perkara ini dengan mengenal pasti pasangan terbabit terlebih dahulu, termasuk status hubungan mereka.”

“Pada masa sama kita akan lihat sama ada perlakuan dalam video itu mempunyai unsur perbuatan tidak sopan di tempat awam yang boleh dikenakan tindakan mengikut undang-undang syariah.”

Screenshot 2026 09 15 152148

Beliau yang juga memegang jawatan sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Molek berkata, biarpun pasangan terbabit suami isteri, kelakuan sebegitu tetap tidak wajar dipamerkan secara terbuka kerana perlu menjaga adab dan kesopanan.

“Perbuatan tidak sopan di tempat awam boleh diambil mengikut peruntukan di bawah Enakmen Kesalahan Syariah Negeri Melaka 1991,” katanya.

Terdahulu, satu klip video berdurasi 11 saat tular memaparkan seorang lelaki melentokkan kepala di bahu wanita sebelum kepalanya dilihat telah dirangkul dan dibelai mesra ketika berada di premis awam.

Video berkenaan mengundang pelbagai reaksi pengguna media sosial, sebahagian netizen mengecam tindakan itu, selain turut mempersoalkan kesesuaian aksi terbabit dilakukan di tempat awam.

Ada dakwaan mengatakan pasangan terbabit adalah pelajar di sebuah institusi pengajian tinggi di sekitar Malim Jaya, namun ia masih belum dapat disahkan.

Sumber: Harian Metro

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved