“Buat Apa Nak Meratapi Lelaki Pond*n..” – Status Adik Isteri Nubhan Jadi Tumpuan

LocalFamily & Parenting
7 Nov 2025 • 1:57 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

Afifah Hidayah Nasihatkan Ibu Bapa Agar Tulis dan Berdoa Yang Baik-Baik, Dalam Kapsyen Terbaru Di Threads

Selepas konflik rumah tangga yang tercetus, setiap hantaran dan perkongsian penyanyi Nubhan serta isterinya, Dr. Afifah Hidayah Ahmad Tawfek, di media sosial sering mendapat perhatian ramai.

Advertisement

Dalam satu perkongsian terbaru di Threads, Afifah memuat naik foto bersama salah seorang anaknya yang sedang membaca sebuah buku. Di ruangan kapsyen, Afifah mengingatkan bahawa tindakan dan penulisan ibu bapa memberi kesan besar kepada anak-anak.

image is not available

“Tulis yang baik-baik, doa yang baik-baik. Ibu bapa cerminan buat anak-anak,” tulisnya.

Namun, hantaran tersebut mendapat perhatian seorang individu yang dipercayai adik kepada Afifah, iaitu Zaim Tawfek. Zaim meluahkan rasa kecewa terhadap sikap Nubhan dan menasihati Afifah supaya tidak lagi berduka dengan tindakan suaminya itu.

image is not available

Sebelum ini, Nubhan telah memfailkan tuntutan hadanah penuh serta interim terhadap anak-anaknya di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam.

Untuk makluman, Nubhan pernah melafazkan talak satu kepada Afifah pada 2017 ketika dia sedang enam bulan hamil anak pertama mereka. Walaupun mereka telah merujuk semula, lafaz talak dan rujuk itu tidak dilaporkan kepada Mahkamah Syariah.

View this post on Instagram

Kemudian, Nubhan memfailkan pengesahan lafaz talak pertama (2017), rujuk, dan lafaz talak kedua (Ogos 2025) di Mahkamah Rendah Syariah Sepang.

Nubhan dan Afifah mendirikan rumah tangga pada 29 Ogos 2015 dan dikurniakan tiga anak iaitu Aafiya (8 tahun), Ahmad Aaffan (6 tahun), dan Afzan Nayille (3 tahun).

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available2025-11-07 10:04:58

Nubhan Bawa Anak-Anak Jumpa Pembantu Rumah, Respon Isteri Curi Tumpuan Ramai - "Bibik Lebih Layak Ke Dari Ibunya?"

The post “Buat Apa Nak Meratapi Lelaki Pond*n..” – Status Adik Isteri Nubhan Jadi Tumpuan first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.