'Perkahwinan berakhir, tapi amanah membesarkan anak kekal' -  Luahan Dr Afifah buat ramai tersentuh

LocalFamily & Parenting
6 Nov 2025 • 10:28 AM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

image is not available

BERITA berkaitan perceraian penyanyi  dan usahawan Nubhan kembali menjadi sebutan di laman sosial. 

Isterinya, Dr Afifah Hidayah Tawfek percaya peranan ibu bapa tidak terhenti biarpun perlu berpisah.

Doktor gigi berusia 36 tahun itu berpendapat, perceraian bukan pengakhiran tanggungjawab sebagai ibu atau bapa. Malah mendidik anak dengan nilai kasih, hormat dan iman adalah tanggungjawab bersama.

"Co-parenting dalam Islam berasaskan rahmah iaitu kasih sayang dan tanggungjawab.

"Walaupun perkahwinan berakhir, amanah untuk membimbing dan membesarkan anak tetap dipikul bersama. 

image is not available

"Bersama-sama, kita mendidik mereka tentang kasih, hormat, dan iman,"  titipnya.

Hantaran Dr Afifah di laman sosial Threads itu menyebabkan ramai tersentuh dan berharap perpisahan tidak semestinya bermusuhan, terutama apabila anak-anak menjadi amanah bersama.

Tidak kurang juga yang mahu dirinya memperjuangkan hak penjagaan tiga cahaya matanya.

Terdahulu, Nubhan telah memfailkan hak penjagaan kekal dan interim terhadap tiga anaknya iaitu Aafiya, 8, Ahmad Aaffan, 6, serta Afzan Nayille, 3, di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam pada September lalu.

 

Perjalanan penuh air mata, doa dan pengorbanan, semoga kalimah ALLAH kekal dalam hati hingga ke syurga

Artikel penuh: https://sinarplus.sinarharian.com.my/lifestyle/kisah-masyarakat/moga-kalimah-allah-ini-kekal-sepanjang-hayat-maryam-anak-hafizah-al-quran-selesai-khatam-doa-fadhlina-undang-sebak

#lifestylesinarharian #inspirasi #sinarplus

Muzik: Moments First Bloom (SoundStripe)">