“Buat Apa Sokong Perkara Keji..” – Dituduh Sokong Israel, Kevin THE BOYZ Tampil Bersuara

18 Oct 2023 • 1:02 PM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

image is not available

Kevin telah tampil memberikan penjelasan terhadap tuduhan yang dilemparkan kepadanya.

Sekarang sedang hangat isu mengenai krisis Israel-Palestin, malah konflik yang sedang berlaku di semenanjung Gaza itu juga sedang mendapat perhatian dari seluruh dunia.

Dalam masa yang sama, ramai selebriti yang menggunakan platform media sosial mereka untuk bercakap tentang apa yang sedang berlaku dan perkara ini juga telah dilakukan oleh segelintir idola K-Pop, termasuk Kevin THE BOYZ.

Baru-baru ini, telah tular di media sosial apabila terdapat individu yang menyebarkan video ahli THE BOYZ itu yang menyatakan hasrat ingin melawat Israel di salah satu siaran langsungnya pada tahun 2021. Namun, Kevin telah menjelaskan bahawa dia tidak menyokong sebarang jenis penindasan. Malah, Kevin juga telah berkongsi emoji yang mewakili warna bendera Palestin.

Pada 17 Oktober, Kevin sekali lagi telah muncul memberikan penjelasan mengenai video lamanya yang tular di sosial media.

Dia berkata,

Saya okay jika nama saya diseret asalkan ramai orang lebih mengetahui tentang isu yang sedang terjadi. Tetapi, awak perlu nilai balik diri awak sebelum membenci seseorang. Buat apa saya nak sokong perkara keji itu?

image is not available

Tambah ahli THE BOYZ itu,

Daripada awak tuduh idola K-Pop yang bukan-bukan, baik awak kongsi sumber atau pautan untuk sokongan kewangan serta informasi tentang krisis yang sedang melanda.

Dia juga menyatakan bahawa dia boleh berkongsi beberapa sumber tetapi tidak boleh terlalu lantang. Dia juga memahami perasaan peminat yang ingin mengetahui pendapat idola mereka mengenai beberapa isu namun, industri mereka tidak begitu membenarkan.

image is not available

Sebelum ini, Kevin telah beberapa kali menyuarakan pendapatnya mengenai beberapa isu dengan lantang berbanding dengan idola yang lain. Ianya membuatkan ramai peminat menyenangi serta mengharapkannya untuk bersuara lagi di masa yang akan datang.

Kevin pun dah jelaskan tentang isu ini, jadi tak elok tau tuduh dia yang bukan-bukan.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.