‘Buat baik tak makan modal pun’ – Riena Diana mahu henti buli siber

29 Jul 2026 • 9:18 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: ‘Buat baik tak makan modal pun’ – Riena Diana mahu henti buli siber

PETALING JAYA – Pelakon Riena Diana mengharapkan orang ramai agar menghentikan budaya buli siber serta penyebaran kebencian yang semakin kerap berlaku dalam platform media sosial.

Riena atau nama sebenarnya Nur Qamarina Diana Zulreal, 29, menegaskan bahawa platform media sosial sepatutnya dijadikan medan positif untuk memberikan sokongan dan semangat sesama masyarakat.

“Media sosial sepatutnya jadi ruang untuk kita saling memberi semangat dan sokongan, bukannya tempat sebarkan kebencian atau buat buli siber.

“Kadang-kadang, kata-kata yang kita taip santai di sebalik skrin tu boleh memberi kesan yang sangat mendalam pada jiwa seseorang tanpa kita sedar.

“Nak berbuat baik tak makan modal pun, tapi impaknya boleh jadi bermakna sangat buat orang yang menerima,” katanya dalam Threads.

Pada masa sama, pelakon drama popular Kampung People itu mengingatkan bahawa setiap individu berhak menerima penghormatan dan membudayakan sifat empati dalam kehidupan.

“Pada akhirnya, kita semua cuma manusia biasa yang masing-masing berhak dihormati.

“Saya betul-betul berharap kita boleh pilih untuk jadi lebih baik, tinggalkan komen yang murni-murni sahaja dan teruskan hidup dengan tenang.

“Ayuhlah saling berbaik-baik antara satu sama lain, tak kira dalam alam maya mahupun dalam kehidupan realiti,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

The post ‘Buat baik tak makan modal pun’ – Riena Diana mahu henti buli siber appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved