Buat ‘Comeback’ Atas Pentas ‘Runaway’ Di KLFW, Zahnita Buat Ramai Terpukau – “Supermodel Yang Sebenar!”

LocalWomen's Fashion
8 Aug 2025 • 7:24 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Baru-baru ini, tular video yang dimuat naik oleh pihak media di TikTok, kelihatan selebriti, Zahnita kembali berjalan di atas pentas runaway di KL Fashion Week 2025 (KLFW2025).

Perkara tersebut telah membuatkan ramai pihak meluahkan rasa gembira susulan Zahnita sudah lama meninggalkan dunia modelling sejak mempunyai keluarga sendiri.

Dapat dilihat dalam video yang dimuat naik, model tersebut berjalan di atas pentas sambil menggayakan baju berwarna hitam dan merah dengan penuh yakin.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen terpukau melihat Zahnita berjalan di atas pentas KLFW itu kerana aura modelnya masih jelas kelihatan.

image is not available

Dalam pada masa yang sama, ramai merasakan Zahnita patut kembali masuk ke dunia model kerana wajah jelita yang dimiliki mampu menaikkan namanya semula dalam industri tersebut.

image is not available 2025-08-08 19:08:15

"Akhirnya, Saya Bebas Daripada Penindasan" - Zahnita Beri Bayangan Tentang Kes Tuntutan Cerai?