“Buat content sampai permainkan solat” – Netizen Kecam Wanita Indonesia Buat ‘Trend’ Selfie Sambil Sujud

Entertainment
29 Nov 2023 • 5:34 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Korang perasan tak sejak TikTok trending dengan pelbagai challanges mahupun trend, ramai pengguna aplikasi itu membuat video demi mendapatkan tontonan yang tinggi. Namun begitu, ada sesetengah daripada mereka membuat content seperti mempermainkan agama.

Semalam, tular di X seorang netizen telah membuat hantaran tentang seorang wanita dari Indonesia membuat trend ‘99 masalah dan satu solusi’.

Trend 99 problems, 1 solution

Wanita itu memuat naik dua gambar di TikTok seolah-olah ingin memberitahu bahawa 99 masalah yang dihadapi di dunia ini pasti dapat diselesaikan melalui satu cara iaitu dengan mendirikan solat.

Benar apa yang dimaksudkan kerana rukun Islam kedua itu mempunyai makna yang besar dalam kehidupan seorang Muslim dan menjadi penyelesian kepada setiap masalah yang dihadapi.

“Buat content sampai permainkan solat”

Dengan kapsyen ringkas dalam gambar itu, wanita tersebut mahu menyatakan solat adalah jalan penyelesaian bagi 99 masalah yang dihadapi namun apa yang membuatkan netizen marah, gambar tersebut menunjukkan wanita itu sujud di atas sejadah sambil selfie.

Nak buat content sampai pemainkan solat

Ramai netizen berpendapat bahawa cara tersebut adalah salah kerana wanita itu seperti mahu mempermainkan agama demi membuat content yang viral namun banyak lagi cara lain yang boleh digunakan untuk menyampaikan dakwah di media sosial.

Mereka mencadangkan wanita itu menggunakan gambar sejadah sahaja untuk menerangkan maksud satu solusi kepada 99 masalah.

image is not available

image is not available

Selain itu, ada netizen yang memberi cadangan lain untuk menyelesaikan 99 masalah dalam hidup.

image is not available

Kalau boleh, kita dakwahlah dengan cara yang lebih baik dan bukan semata-mata untuk content.

Sumber: X

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.