Buat Domino Guna Kotak Bijirin, Ramai Kagum Dengan Kreativiti Pihak Sekolah Ini

Entertainment
18 Feb 2024 • 1:50 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Sebuah sekolah di Amerika Syarikat baru-baru ini telah menjadi perhatian ramai setelah video pelajar-pelajar dan guru-guru sekolah itu mengumpul kotak-kotak bijirin sebelum menjatuhkan kotak-kotak itu untuk menghasilkan kesan domino tular di media sosial.

Video kesan domino menggunakan kotak-kotak bijirin itu telah dikongsikan di platform X oleh akaun Sciencegirl.

Dalam video yang berdurasi lebih tiga minit itu, dapat dilihat bahawa kotak-kotak bijirin itu disusun bermula dari luar bangunan sekolah sehingga ke dalam dewan sekolah yang terletak di dalam bangunan.

Difahamkan, kotak-kotak bijirin itu telah dikumpul dan dibawa oleh pelajar-pelajar.

Murid-murid sekolah itu juga dilihat sangat teruja apabila melihat satu persatu kotak bijirin itu jatuh apabila terkena kesan domino.

Memetik laporan laman berita WXII, acara itu telah dianjurkan oleh ,sekolah rendah Clemmons, Amerika Syarikat.

Sekolah rendah Clemmons juga telah mengumpulkan kotak-kotak bijirin itu untuk didermakan ke Pantri Makanan Clemmons untuk didermakan kepada orang yang memerlukan di daerah itu.

Difahamkan, sekolah tersebut juga telah berjaya mengumpul 2,777 kotak bijirin dan seramai 10 orang sukarelawan telah mengambil masa selama lebih lima jam untuk menyusun kotak-kotak bijirin tersebut sebelum dijatuhkan untuk memberi kesan domino.

Wow, memang hebat!

Sumber: WXII

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.