Buat duit haram dalam hutan

LocalEnvironment
11 Aug 2026 • 7:30 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Buat duit haram dalam hutan

JELEBU – Sebanyak 300 pokok kelapa sawit yang ditanam tanpa kebenaran dalam Hutan Simpan Triang, di sini, dimusnahkan menerusi Ops Musnah yang dijalankan Jabatan Perhutanan Negeri Sembilan hari ini.

Pengarah Perhutanan Negeri Sembilan, Ts. Mohd Yussainy Md Yusop berkata, operasi itu membabitkan kekuatan hampir 200 anggota terdiri daripada pelatih Institut Latihan Perhutanan (Fortrain).

Menurut beliau, operasi tersebut susulan penangkapan seorang warga Indonesia yang didapati menceroboh dan menjalankan aktiviti penanaman tanpa kebenaran di kawasan hutan simpan berkenaan.

“Suspek telah didakwa kerana melanggar Akta Perhutanan Negara 1984 sebelum dijatuhi denda sebanyak RM7,000 oleh Mahkamah Sesyen pada 5 Ogos lalu.

“Dalam operasi ini, sebanyak 300 pokok kelapa sawit berusia antara dua minggu hingga setahun dimusnahkan bagi memastikan kawasan hutan simpan berkenaan dikembalikan kepada fungsi asalnya,” katanya kepada Kosmo! hari ini.

Mohd Yussainy berkata, pokok kelapa sawit yang dimusnahkan itu turut digantikan dengan spesies pokok hutan seperti Chengal, Merawan Siput Jantan, Meranti Melantai dan Meranti Temak Nipis. – KOSMO! ONLINE

The post Buat duit haram dalam hutan appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved