'Terima kasih kepada semua, tolong jangan berkecil hati atau kecewa'- Anthony Loke

LocalPolitics
1 Aug 2026 • 9:01 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: 'Terima kasih kepada semua, tolong jangan berkecil hati atau kecewa'- Anthony Loke
Anthony

JELEBU - Penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Chennah, Anthony Loke Siew Fook akur dengan kekalahannya di kerusi berkenaan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan pada Sabtu.

Menerusi video yang dimuat naik di akaun Facebook Sin Chew Daily, beliau berkata, pasukan kempen PH telah melakukan yang terbaik di Chennah tetapi masih kalah dengan lebih 500 undi.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua. Tolong jangan berkecil hati atau kecewa. Kami akan terus berdiri bersama anda semua.

“Walaupun kami tidak dapat memenangi kerusi ini, anda semua akan sentiasa berada di hati kami,” katanya.

Anthony Loke tewas di kerusi berkenaan kepada calon Barisan Nasional (BN), Siow Kong Choon dalam pertembungan dua penjuru.

Berdasarkan keputusan tidak rasmi, kesemua kertas undi daripada semua saluran difahamkan telah habis dikira di mana Kong Choon mendapat 5,418 undi iaitu 52 peratus daripada 10,345 kertas undi diterima semua calon.

Sekiranya keputusan tersebut kekal dan disahkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), ia bermakna Antony gagal mempertahankan kerusi yang disandang beliau sejak 2013.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved