Dua lelaki didakwa halang operasi Jabatan Hutan

8 Aug 2026 • 2:10 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

terkini

PETALING JAYA: Dua lelaki tempatan ditahan dipercayai menghalang tugas penjawat awam ketika operasi penguatkuasaan Jabatan Perhutanan Negeri Selangor di Hutan Simpan Sungai Buloh, semalam. 

Sumber berkata, kejadian berlaku ketika operasi penguatkuasaan dijalankan bagi membuat rampasan penempatan tong RORO secara haram di kawasan berkenaan.

“Sebaik pasukan menjalankan operasi, berlaku tindakan agresif oleh dua lelaki terbabit terhadap pegawai penguat kuasa.

“Seorang daripada mereka datang secara melulu ke arah pegawai dan turut cuba melanggar anggota pasukan menggunakan lori,” katanya dalam kenyataan hari ini. 

Kata sumber, dalam kejadian itu, suspek turut mengambil kunci lori milik pasukan penguat kuasa dan bertindak tidak sopan terhadap anggota yang menjalankan tugas.

“Suspek cuba menghalang operasi dan berlaku sedikit pergelutan ketika anggota berusaha menahan mereka.

“Sebagai penjawat awam yang menjalankan tugas, anggota terpaksa menahan suspek sebelum tindakan lanjut diambil,” katanya.

Difahamkan, kedua-dua suspek ditahan ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya untuk siasatan dan reman.

Turut difahamkan, siasatan dijalankan kerana menghalang penjawat awam. 

Sementara itu, Pengarah Perhutanan Selangor, Azhar Ahmad mengesahkan kejadian berkenaan.-UTUSAN

The post Dua lelaki didakwa halang operasi Jabatan Hutan appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved