Buat Gambar AI Pelajar UPSI, Cetus Perdebatan Dalam Media Sosial – “Korang Nak Like Je Kan?! Tolong Respect Keluarga Mangsa”

10 Jun 2025 • 2:05 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Semalam, rakyat Malaysia dikhabarkan dengan berita yang amat menyedihkan yang melibatkan pelajar-pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dalam sebuah kemalangan hingga mengakibatkan maut.

Difahamkan, insiden yang berlaku di Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) Banun, Gerik itu telah meragut nyawa 15 pelajar, manakala 27 lagi tercedera dan pemandu bas berusia 54 tahun itu juga cedera.

Jana foto AI gambaran pelajar UPSI terlibat dalam kemalangan

Dalam pada menitip doa buat keluarga mangsa, ada juga sesetengah individu memuat naik foto gambaran animasi seakan-akan mangsa-mangsa yang terlibat dengan menggunakan janaan teknologi AI.

Dapat dilihat dalam foto yang dimuat naik di platform Threads, kelihatan beberapa individu dipercayai roh mangsa yang meninggal dunia dalam insiden tersebut sedang beratur disebelah bas menuju ke pintu bercahaya.

Mereka pulang ke kampus selepas cuti Aidiladha. Tapi tidak semua sampai.

image is not available

image is not available

image is not available

Bukan itu saja, terdapat juga foto AI memaparkan beberapa orang individu dipercayai pelajar UPSI yang berada di dalam bas sedang melambaikan tangan kepada insan tersayang yang berada di luar bas.

image is not available

Netizen kesal, mohon hormat keluarga mangsa

Susulan foto-foto AI itu tular, rata-rata netizen meluahkan rasa kesal dan menasihati untuk hormat keluarga mangsa dengan tidak menjana gambar AI nahas itu.

image is not available

Dalam pada itu, ada juga berpendapat gambar AI itu berkemungkinan disalah tafsir oleh sesetengah pihak yang tidak mengikuti perkembangan insiden berkenaa.

image is not available 3 hours ago

"Awak Tengok Kemalangan Dan Hanya Pandu Pergi?" - Komen Dr Imelda Berkenaan Nahas Bas UPSI Jadi Tumpuan Netizen