Buat Kali Pertama, Proton Dinobat Syarikat Automotif Terbaik, Bawa Pulang Anugerah Majikan Bergerak Terpantas

LocalCars
20 Nov 2024 • 10:30 AM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Buat julung kalinya, pengeluar kereta nasional, Proton dinobatkan sebagai majikan yang bergerak paling pantas oleh Anugerah 100 Majikan Siswazah Terkemuka Malaysia 2024 (M100), baru-baru ini.

image is not available

Kemenangan itu menunjukkan graduan lebih mengutamakan jenama automotif nasionalberbanding jenama lain dan melihatnya sebagai pilihan utama mereka untuk perkerjaan dalam sektor tersebut.

image is not available

Lebih menarik, ini adalah kali pertama PROTON mengalahkan dua OEM lain dan merangkul tempat teratas dalam kategori industri automotif pada edisi ke-17 anugerah tersebut.

Anugerah Majikan Terpantas Bergerak juga telah dianugerahkan kepada syarikat itu setelah mencatatkan kenaikan tempat terbanyak dalam kedudukan M100, iaitu dari kedudukan ke-86 pada 2023 ke kedudukan ke-44 tahun ini.

Keputusan untuk anugerah itu diputuskan melalui kajian tahunan tentang penggajian graduan oleh Graduate-to- Industry (GTI) Malaysia, dengan 44,924 undian pelajar dikumpulkan di seluruh Malaysia daripada 220 acara kampus di 169 univerisiti, termasuk Universiti Antarabangsa Albukhary.

image is not available

Kajian tahun ini dijalankan dari Januari hingga September dan menerima undian daripada kumpulan yang lebih besar, iaitu meningkat daripada 37,380 undian tahun lepas.

Para pelajar diminta untuk menyenaraikan majikan yang mereka berminat untuk memohon selepas tamat pengajian dan mengenal pasti faktor-faktor yang mempengaruhi proses pencarian kerja serta pemilihan majikan.

Menurut kajian tersebut, pengupahan graduan disusun mengikut kategori berikut: kepimpinan, pembangunan peribadi, gaji dan ganjaran, keseimbangan kerja-hidup, dan jaminan pekerjaan.

Sebanyak 85.7% daripada responden menyuarakan kebimbangan mengenai kos sara hidup di bandar-bandar Malaysia dengan gaji graduan.

Responden menjangkakan gaji median mereka untuk jawatan peringkat graduan akan berada dalam lingkungan RM3,000 hingga RM4,000 sebulan pada tahun 2024.

Difahamkan, Proton berjaya membolot anugerah itu disebabkan usahanya dalam membangunkan bakat baharu.

Misalnya, Program PROTON Young Talents (PYT) yang dilancarkan pada 2018. Ia bertujuan untuk mengupah graduan muda yang berpotensi dan membangunkan generasi profesional yang kemahiran tinggi bagi memacu inovasi dan pertumbuhan di dalam PROTON.

Kohort PYT semasa terdiri daripada 210 individu, di mana 72% daripadanya mempunyai latar belakang teknikal, manakala 28% berasal dari bidang bukan teknikal.

Sehingga kini, 259 graduan PYT telah diambil bekerja sejak tujuh tahun yang lalu, termasuk 110 PYT tahun ini, mengekalkan kadar kekal berkhidmat luar biasa sebanyak 81%.

Naib Presiden Bahagian Sumber Manusia, PROTON, Amran bin Mohd Tomin berkata, pihaknya percaya bahawa tempat kerja yang berkembang maju dibina di atas budaya yang pelbagai

“Pengiktirafan kami sebagai pilihan utama graduan adalah bukti komitmen kami untuk memupuk persekitaran di mana idea-idea segar dan nilai-nilai yang kukuh bersatu untuk memacu kejayaan dalam sektor automotif,” katanya.