Buat Kecoh Ketika Sambutan Hari Kebangsaan, Lelaki 30 Tahun Positif THC

LocalPolitics
2 Sep 2026 • 3:29 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

lelaki

Lelaki yang ditahan selepas dipercayai mencetuskan provokasi ketika sambutan Hari Kebangsaan di Dataran Putrajaya pada Isnin lalu didapati positif dadah jenis THC.

Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Aidi Sham Mohamed berkata, lelaki berusia 30 tahun itu hadir menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya pada jam 12.15 tengah malam, 2 September.

Menurut beliau, polis menerima lima laporan berhubung kejadian berkenaan, manakala keterangan daripada tujuh saksi telah dirakam bagi membantu siasatan.

3633888

“Ujian air kencing yang dijalankan terhadap suspek mendapati dia positif dadah jenis THC.

“Siasatan turut dijalankan di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Sebelum ini, media melaporkan polis telah merakam keterangan tujuh individu berhubung kejadian berkenaan.

Artikel berkaitan: Lelaki ‘Baju Oren’ Sudah Ditahan, Cetus Provokasi Ketika Sambutan Hari Kebangsaan Hingga Jadi Rempuhan

Artikel berkaitan: “Amalan sejak 2018” – Urus Setia Hari Kebangsaan Jelaskan Sebab Tun Mahathir Tidak Berada Di Pentas VIP

Suspek yang merupakan seorang tukang masak itu ditahan di Putrajaya selepas lima laporan polis dibuat berhubung insiden tersebut.

Terdahulu, lelaki berkenaan dilaporkan direman selama sehari bermula Rabu bagi membantu siasatan.

Beberapa rakaman video yang memaparkan seorang lelaki berbaju coklat mencetuskan provokasi terhadap anggota polis yang bertugas turut tular di media sosial sebelum ini.

Aidi Sham berkata, permohonan reman terhadap suspek di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah (KPJ) telah dibenarkan selama satu hari.

Menurutnya, siasatan masih dijalankan bagi melengkapkan kertas siasatan berhubung kejadian tersebut.

Sumber: Sinar Harian

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved