
Apabila tinggal di rumah bertingkat seperti flat atau apartmen, kita sepatutnya menghormati penduduk lain.
Terbaru, satu video tular di aplikasi X, di mana seorang penduduk di rumah apartmen meluahkan rasa hampanya apabila terdapat penduduk lain di situ yang mengadakan majlis perkahwinan secara besar-besaran tetapi tidak mengemas serta menurunkan khemah itu dengan kadar segera.
Artikel berkaitan: “Tolonglah” – Pemandu Bas Kesal Pemilik Kereta ‘Parking’ Sesuka Hati Sampai Ganggu Jalan Awam
Artikel berkaitan: “Pasang bukan sebab suka-suka” – Penghuni Flat ‘Selera Condo&’ Buat Laporan Polis, Enggan Cabut Gril Besi
Perkara itu membuatkan penduduk lain terganggu kerana jajaran khemah kanopi itu menutup bahagian rumah sampah apartmen tersebut.
Kalau nak buat majlis kenduri tu jangan susah kan orang lain. Sampai berhsri hari tak buka kemas sampai lori sampai tak boleh kutip sampah pic.twitter.com/f8COpENyQ1
— MALAYSIA MOST VIRAL (@MALAYSIAVIRALLL) February 26, 2024
“Ha kencang kahwin, hujung ke hujung khemah, kahwin memang kencang, PA system (sistem audio, pembesar suara) bawah tu rumah sampah.
Cepat lah sikit kemas aku memang sakit hati dah ni,” luah penduduk di situ.
Menerusi kapsyen video tersebut, difahamkan video tersebut dirakamkan ketika cuti sekolah dan penduduk di situ terganggu kerana kanopi yang didirikan sangat panjang dan mengganggu rutin harian penduduk lain.
“Bukan ada dewan serbaguna?”
Video tersebut sudah pastinya menarik perhatian ramai, rata-rata mempersoalkan mengapa tuan majlis itu tidak mengadakan majlis perkahwinan di dewan atau balai raya yang biasanya ada di perumahan sebegitu.

Aduhai, harap takde lagi lah perkara macam ni berlaku…
Sumber: X
Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.



