Buat Konten Selongkar Beg Sekolah, Cikgu Popular Di Tiktok Dikecam Tak Jaga Privasi Anak Murid

20 Jun 2023 • 11:18 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Guru wanita popular di TikTok suka upload video di sekolah, dikecam kerana selongkar beg pelajar

Buat Konten Selongkar Beg Sekolah, Cikgu Popular Di Tiktok Dikecam Tak Jaga Privasi Anak Murid. Seorang guru wanita terkenal di TikTok kerana kerap menyiarkan kandungan bersama anak muridnya di sebuah sekolah swasta.

Bagaimanapun, baru-baru ini menerusi laman Twitter, seorang ibu mempersoalkan adakah tindakan yang dilakukan oleh guru berkenaan dibenarkan pihak sekolah, menurut laporan.

Malah, wanita itu turut ‘tag’ akaun rasmi Menteri Pendidikan, Fadhlina Siddiq kerana salah satu video menunjukkan cikgu itu menyelongkar beg sekolah beberapa pelajarnya.

image is not available

Meraih perhatian netizen

Hantaran itu telah menarik perhatian ramai netizen, serta mereka tampil kongsikan pendapat masing-masing mengenai tindakan cikgu itu membuka beg pelajar tanpa pelajar disisi.

Segelintir pihak bersetuju dengan ibu tersebut dan mendakwa guru terbabit melakukan perbuatan tidak beretika. Bahkan, turut tertanya sama ada ibu bapa anak muridnya mengetahui konten yang dia cipta.

Ada yang menyokong, ada yang tidak

Dalam pada itu, terdapat ramai yang menyokong guru wanita itu dan mendakwa bahawa pelajarnya menyayanginya. Beberapa netizen percaya keadaan itu tidak wajar dijadikan isu atau diperbesarkan.

Bukan itu sahaja, ada juga yang menyatakan bahawa disebabkan guru itu cantik, jadi tindakannya seolah-olah ‘dibenarkan’.

Baca juga artikel yang berkaitan: