Buat Laporan Polis, Wanita Terkejut Temui Wang RM262K Dalam Timbunan Sampah

16 Jun 2023 • 8:37 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Beliau terkedu selepas menemui wang berjumlah RM 262,454

Buat Laporan Polis, Wanita Terkejut Temui Wang RM262K Dalam Timbunan Sampah. Seorang individu menemui wang tunai berjumlah kira-kira 8 juta yen (RM262,454) di sebuah premis perniagaan di bandar raya Niigata, Jepun, lapor laman berita The Mainichi semalam.

image is not available
Buat Laporan Polis, Wanita Terkejut Temui Wang RM262K Dalam Timbunan Sampah. Kredit: Kosmo

Menurut Balai Polis Niigata, individu yang mempunyai kaitan dengan lokasi perniagaan itu menemui wang tersebut dalam timbunan sampah di premis berkenaan pada 5 Jun lalu.

Dia kemudian membuat laporan polis selepas menemui wang dalam jumlah yang besar itu.

image is not available
Gambar hiasan

Balai Polis Niigata mendedahkan penemuan tersebut semalam bagi mencari pemilik wang berkenaan.

image is not available
Gambar hiasan

Jika pemiliknya gagal tampil, individu yang menemuinya boleh menuntut wang tersebut.

Baca lagi artikel menarik: