“Buat loan bertahun tapi…” – Tembok Pagar Rumah Pecah, Pemaju Didakwa Untung ‘Atas Angin’?

Entertainment
30 Jan 2024 • 11:08 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Kebiasaannya apabila beli rumah baru, ada segelintir pemilik yang akan mengupah pakar untuk membuat penelitian terhadap kualiti pembuatan rumah. Selalunya mereka dapat detect kualiti jubin yang dikatakan tidak dibuat dengan betul.

Pun begitu, baru-baru ini tular di media sosial mengenai tembok pagar rumah baharu yang telah pecah. Difahamkan kejadian itu berlaku di salah sebuah taman perumahan yang terletak di Kluang, Johor.

Pemaju rumah nak untung lebih?

Seperti yang kita tahu, tembok pagar rumah akan dibuat menggunakan batu bata yang disusun rapi sehingga membentuk sebuah binaan. Namun, hantaran gambar yang dimuat naik oleh @sidchan di X memaparkan tembok pagar rumah telah pecah dan keadaannya yang agak berbeza.

Apabila diteliti, keadaan tembok yang pecah itu berlubang dan tidak seperti tembok yang biasa kita lihat. Lebih mengejutkan, isi di dalam tembok itu penuh dengan sampah sarap ketika rumah tersebut dibina.

Kepada pemaju seluruh Malaysia, kalau nak untung lebih janganlah buat seperti ini. Aniaya pembeli.

Pagar hampir menghempap tuan rumah

Pemilik hantaran itu juga berkata, keadaan tersebut telah menyebabkan pagar besi rumah itu hampir menghempap tuan rumah.

Tuan rumah nyaris dihempap pagar tu. Tiang pagar di isi sampah sarap je! Ya ni di Kluang, Johor.

Menjengah di ruangan balas, ramai netizen mengkritik kerja sambil lewa yang dilakukan oleh pekerja binaan.

image is not available image is not available image is not available

Naya jadi macam ni, nasib baiklah tembok tu tak hempap sesiapa

Sumber: X

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.