‘Nak untung lebih jangan buat macam ni, tuan rumah nyaris dihempap pagar!’

30 Jan 2024 • 12:21 PM MYT
The Reporter
The Reporter

Malay site offers reporting updates and viral community news from Malaysia

image is not available

Tular di media sosial, penduduk di Taman Puteri Mas, Kluang, Johor, berdepan dengan isu tiang pagar rumah yang diisi dengan sampah sarap oleh pekerja pemaju perumahan.

Pengadu, Razali Jamari, salah seorang penduduk di taman tersebut, bertindak menularkan perkara itu di Facebook kerana tidak berpuas hati dengan sikap tidak bertanggungjawab pekerja buruh binaan yang mengabaikan kualiti dan keselamatan bakal penghuni kediaman itu.

Menurut Razali, salah seorang jirannya nyaris dihempap pagar selepas tiang pagar tersebut roboh secara tiba-tiba.

“Kepada pemaju seluruh Malaysia, kalau nak untung lebih tolong jangan buat macam ini. Naya pembeli.

“Tuan rumah nyaris dihempap pagar tu. Tiang pagar diisi dengan sampah sarap je.

“Ini rumah baru, pemilik pun baru dapat kunci dan baru sebulan tinggal di rumah ini,” katanya.

Semakan pada tiang pagar rumah jiran yang lain turut mendapati bahagian tengah tiang pagar mereka juga kosong. Perkara ini menimbulkan kebimbangan di kalangan jiran yang bimbang dengan keselamatan anak masing-masing.

Difahamkan, penduduk telah memaklumkan perkara itu kemudia pihak pemaju yang berjanji akan membuat pemeriksaan dan membina semula tiang pagar berkenaan mengikut standard yang sebenarnya.

“Bukti sudah ada, kalau pemaju tak buat kami akan buat aduan dan viralkan,” katanya.