“Buat main dengan makanan” – Netizen Kecam Jofliam ‘Main-main’ Dengan Doh Piza

EntertainmentFood
27 Oct 2025 • 6:35 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

Nama personaliti media sosial, Jofliam kini sedang menjadi tumpuan netizen berkenaan dengan perkongsian di IG Story miliknya dalam mempromosikan Piza Wagyu yang dijual.

Dalam IG Story tersebut, dilihat Jofliam seperti bermain-main dengan doh piza tersebut yang didakwa netizen seakan-akan bermain dengan permainan kanak-kanak iaitu slime.

“Buat main dengan makanan, jijik” – Netizen

image is not available

Menerusi Threads, ramai netizen kurang senang melihat aksi yang dibuat oleh Jofliam. Ada yang menganggap bahawa tindakan Jofliam itu seolah-olah ingin ‘menseksualkan’ makanan.

image is not available image is not available image is not available

Di samping itu, ada juga yang membandingkan jualan Piza Wagyu miliknya ini dengan saingannya iaitu Piza Mendonia milik bekas isterinya sendiri iaitu Cik Epal yang dikatakan laris dijual tanpa sebarang pemasaran sebegitu rupa.

Sekadar info, nama Jofliam mula menjadi tumpuan semenjak kes pergolakan rumah tangganya tular, ia susulan pengumuman yang dibuat bekas isterinya itu tentang perceraian mereka pada Oktober 2024 selepas 10 tahun mendirikan rumah tangga sejak mereka berkahwin pada 1 Jun 2014 lalu.

Tidak lama selepas itu, Jofliam dan Dewi sah bergelar suami isteri pada bulan April 2025 dan untuk rekod, Cik Epal dan Jofliam dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Han dan Yuki.

Sumber : Threads, Kosmo!, Gempak

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.