Buat Pencinta Bakso, Anda Wajib Cuba Keenakan Bakso Mamang Di Kuching

30 Apr 2023 • 2:59 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Buat pencinta bakso, korang wajib singgah sini

Buat Pencinta Bakso, Anda Wajib Cuba Keenakan Bakso Mamang Di Kuching. Bagi penggemar bakso di Kuching, pasti sudah tidak asing lagi dengan nama Bakso Mamang.

Merupakan hidden gem di Kuching, restoran ini terkenal dengan hidangan bakso yang enak dan berkualiti tinggi. Di sini juga menawarkan pelbagai jenis hidangan bakso yang pasti memikat selera.

image is not available
Sumber: FB Bakso Mamang

Bahan-bahan yang digunakan semuanya fresh!

Bakso Mamang menggunakan bahan-bahan segar dan berkualiti untuk menjamin rasa yang sedap dan kualiti yang tinggi dalam setiap hidangan mereka.

Ia menggunakan daging ayam sebagai bahan utama dalam bakso mereka, menjadikan rasa bakso lebih light dan sesuai jadikan comfort food anda. Bahan-bahan yang segar dan berkualiti untuk menjamin rasa yang sedap dan kualiti yang tinggi dalam hidangan mereka.

image is not available
Sumber: FB Bakso Mamang

Harga nya pula tidak lebih dari RM10 tauu. Tapi, jika anda memesan bakso combo, harganya semua hanya RM13. Masih berbaloi bukan? Lihat senarai menu di bawah:

image is not available
Sumber: FB Bakso Mamang

Jadi, jika anda sedang mencari tempat makan yang enak dan murah di Kuching, Bakso Mamang adalah pilihan yang tepat. Bakso Mamang memang tempat makan yang wajib dilawati bagi pecinta bakso.

Jangan lupa untuk mencuba bakso mereka yang memang sedap dan menggoda selera.

Lokasi: Matang Cafe & Satok (No 329, 2nd Floor, Jalan Rubber)
Waktu beroperasi: Setiap hari (4.00pm – 11.00 pm) TUTUP pada raya Aidilfitri

Lagi artikel menarik, anda boleh baca pautan di bawah: