Destinasi Best Healing, Kiyau Campsite Menawarkan Camping Sambil Stargazing Untuk Anda

29 Apr 2023 • 12:38 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Healing dengan suasana tenang sambil stargazing di Bung Kiyau Campsite di Kampung Bukit Sapit, Padawan.

Destinasi Best Healing, Kiyau Campsite Menawarkan Camping Sambil Stargazing Untuk Anda. Buat penggemar aktiviti camping di luar sana, kami ada port menarik yang ingin dikongsikan dengan anda.

Antara destinasi camping baharu yang indah memukau, Kiyau Campsite ini menawarkan pengalaman berkhemah atas bukit di Kampung Sapit yang juga diberi gelaran Village Above The Clouds ini.

image is not available
Destinasi Best Healing, Kiyau Campsite Menawarkan Camping Sambil Stargazing Untuk Anda. Kredit foto: FB Amanina Matali

Suasana indah dikelilingi alam semulajadi

Buat anda yang menginginkan suasana indah dikelilingi alam semula jadi serta disajikan pemandangan indah, apa kata anda healing di sini.

Oleh kerana lokasinya yang terletak di atas bukit di Kampung Kiyau yang merupakan perkampungan kaum Bidayuh Sarawak, cuaca di sini memang sejuk dan udaranya amat segar!

Jika anda ingin bermalam di sini, jangan lupa bawa peralatan khemah serta kelangkapan yang anda perlukan.

image is not available
Kredit foto: FB Amanina Matali

image is not available
Kredit foto: FB Amanina Matali

Kemudahan lengkap serta selesa

Menyediakan kemudahan yang lengkap dan selesa, tandas yang bersih, sinki di setiap tanju perkhemahan, tempat memasak (kecuali Tanju Tulip) dan juga lampu berkuasa solar.

Apa yang bestnya berkhemah di sini adalah anda boleh menikmati pemandangan indah, stargazing, serta melihat bulan yang indah di malam hari sambil menikmati santapan enak yang anda sediakan.

Jadi tunggu apa lagi kalau anda minat camping, bawa peralatan khemah anda di Bung Kiyau Campsite di Kampung Bukit Sapit Padawan dan nikmati pengalaman bermalam dengan suasana yang indah di sini.

Lagi tempat menarik untuk anda di sini: