Buat Warga Kuching, Countdown 2023 Peringkat Sarawak Bakal Diadakan Di Stadium Perpaduan Petra Jaya

26 Dec 2022 • 2:40 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

Jom kita saksikan bunga api kat sini!image is not available

Buat Warga Kuching, Countdown 2023 Peringkat Sarawak Bakal Diadakan Di Stadium Perpaduan Petra Jaya. Bagi sesetengah orang, menyaksikan pertunjukan bunga api menjelang tahun baru adalah suatu kelaziman. Semasa perayaan tahun baru cina pun ada. Apatah lagi ditemani keluarga, rakan-rakan mahu pun orang yang tersayang. Memori terciptalah katakan.

Jadi tahun ini, turut tak ketinggalan bakal adakan Countdown 2023. Tetapi kali ini, ianya bakal bertempatkan di Stadium Perpaduan Negeri Sarawak, Petra Jaya. Acara sambutan tahun baharu 2023 peringkat Sarawak akan diadakan secara sederhana pada 31 Disember nanti.

image is not available
Buat Warga Kuching, Countdown 2023 Peringkat Sarawak Bakal Diadakan Di Stadium Perpaduan Petra Jaya

Diadakan sebagai penutup tirai bagi tahun 2022

Menerusi kenyataan YB Karim Hamzah di laman sosial rasminya, beliau menyatakan bahawa sebelum Countdown untuk tahun 2023 bakal berlangsung di Waterfront Kuching, akan tetapi, pertukaran tempat acara ini dibuat di atas sebab sebab yang tidak dapat dielak termasuk keadaan cuaca yang tidak menentu.

Walau bagaimanapun, aturcara bagi majlis sambutan akan tetap dijalankan dan Insyallah Yang Amat Berhormat Premier Sarawak akan hadir untuk menyempurnakan majlis sambutan tahun baharu 2023 nanti.”

Facebook YB Karim Hamzah

image is not available

Sambutan ambang Tahun Baharu 2023 akan diadakan pada 31 Disember ini, orang ramai akan disaji dengan pelbagai persembahan hiburan menarik dan pertunjukan bunga api. Walaupun ianya disambut secara sederhana, acara ini diadakan sebagai penutup tirai bagi tahun 2022 bagi semua penduduk di bandaraya yang menyambut kedatangan tahun baharu.

image is not available