Buaya 500kg cuba baham pesara polis di Sungai Linggi akhirnya masuk perangkap

LocalEnvironment
21 Aug 2026 • 6:08 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Buaya 500kg cuba baham pesara polis di Sungai Linggi  akhirnya masuk perangkap
Perhilitan Negeri Sembilan menangkap seekor buaya gergasi seberat kira-kira 500kg dan berukuran 5.5 meter di Sungai Tanjung Agas, Sungai Linggi pada Jumaat.

SEREMBAN - Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Negeri Sembilan menangkap seekor buaya gergasi seberat kira-kira 500 kilogram (kg) dan berukuran 5.5 meter di Sungai Tanjung Agas, Sungai Linggi di sini hari ini.

Pengarah Perhilitan Negeri Sembilan Wan Mat Wan Harun berkata, reptilia betina yang dianggarkan berusia 70 tahun itu berjaya ditangkap selepas memasuki perangkap yang dipasang di kawasan berkenaan dua hari lepas.

"Perhilitan memasang perangkap buaya di lokasi berkenaan pada Rabu lepas susulan aduan berkaitan reptilia itu di Tanjung Agas. Lebih kurang 1.30 pagi tadi, orang awam melaporkan pintu perangkap telah turun, menandakan buaya telah memasukinya.

"Buaya itu berjaya dipindahkan ke kawasan seliaan Perhilitan di Paya Indah Wetlands Dengkil Selangor,” katanya kepada Bernama hari ini.

Beliau berkata, kejayaan menangkap buaya berkenaan melegakan penduduk setempat di sekitar Tanjung Agas yang sebelum ini bimbang dengan kehadiran reptilia itu, terutama selepas kejadian seorang pesara polis Jaafa Hasan, 62, cedera digigit buaya pada 25 Mei lepas. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved