Buaya: Komuniti pesisir pantai Kunak diminta waspada

6 Aug 2023 • 1:37 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

KUNAK: Semua pengusaha pusat rekreasi dan penduduk kampung, khususnya di kawasan perairan dan pesisir pantai di sini, diseru agar mengambil perhatian terhadap kemunculan buaya yang dikatakan dilihat di kawasan laut dekat Kg Pangkalan, pada petang Jumaat.

Ia selepas laman Facebook Orang Kunak pada Jumaat memaparkan sebuah video berdurasi 23 saat mengenai kemunculan seekor buaya sedang berenang berhampiran Kg Pangkalan di sini.

Pegawai Daerah Kunak, Awang Mohd Yusof berkata pemimpin di peringkat kampung, termasuk ketua kampung serta Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) juga harus memaklumkan kepada penduduk di kawasan kawalan mereka untuk sentiasa berwaspada terhadap reptilia berbahaya itu.

Ini khususnya apabila mereka berada di kawasan laut dan sekitar atau ketika menjalankan aktiviti harian, termasuk semasa memancing ikan, katanya.

SPONSORED CONTENT K.T.I. achieves RM140 million sales Kota Kinabalu: K.T.I. Sdn Bhd’s The Logg, Luyang has launched Easy Care, its brand-new hospitality initiative, which aims to elevate the living experience by providing an all–in-one care to its residents at Shorea n Astoria. Read more Menurut Awang, pihaknya sebelum ini telah membawa kepada mesyuarat, perkara berkaitan kemunculan buaya di perairan Kunak, termasuk di kawasan laut Pangi.

“Perkara ini dibawa dalam mesyuarat jawatankuasa bencana dan tindakan daerah sebelum ini, yang mana agensi berkaitan termasuk jabatan bomba, polis, Angkatan Pertahanan Awam (APM), dan Majlis Daerah Kunak (MDKNK) menjalankan pemantauan berkala di kawasan rekreasi awam,” katanya.

Tambahnya, pada masa sama pemimpin di peringkat kampung dan pengusaha pusat rekreasi awam perlu mengambil pendekatan serupa dengan memasang papan tanda amaran untuk komuniti.

Menurutnya, dalam satu kejadian sebelum ini, jaring sangkar ikan milik seorang penternak dekat perairan Pangi di sini dirosakkan, dipercayai oleh buaya. Ikan peliharaan di dalam sangkar itu turut dimakan oleh haiwan tersebut.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.