Buaya seberat 100kg ditangkap di Kota Marudu

LocalEnvironment
18 Oct 2026 • 10:45 AM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

Buaya seberat 100kg ditangkap di Kota Marudu

KOTA MARUDU: Aktiviti rutin seorang penduduk kampung menarik jaring ikan bertukar menjadi detik cemas apabila seekor buaya dianggarkan seberat 100 kilogram ditemukan terperangkap di dalam jaring di Kampung Birahan pada 13 Oktober lalu.

Bagaimanapun reptilia sepanjang kira-kira lapan kaki itu kemudiannya berjaya ditangkap oleh pasukan lima anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kota Marudu.

Dalam satu kenyataan APM Kota Marudu berkata pengadu menyedari kehadiran buaya itu ketika hendak menarik jaring ikan sebelum memaklumkan kepada pihak berkuasa.

“Pasukan diketuai Ahzizi Junaidi bersama empat anggota lain telah dikerahkan ke lokasi kejadian.

“Anggota menggunakan bot milik pengadu untuk menuju ke kawasan perairan tempat buaya itu terperangkap,” katanya.

Beliau berkata pasukan berkenaan berjaya mengawal dan menangkap reptilia itu yang masih hidup.

Jelasnya buaya terbabit dianggarkan seberat kira-kira 100 kilogram dan berukuran sekitar lapan kaki panjang.

Sementara itu APM mengingatkan orang ramai supaya sentiasa berwaspada ketika menjalankan aktiviti di kawasan perairan yang berkemungkinan menjadi habitat buaya.

Sebarang kecemasan boleh dilaporkan melalui talian 999 atau Pusat Kawalan Operasi Daerah Kota Marudu di talian 088-661656.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved