Bubar, pecat terserah pada PM – Mohamed Khaled

LocalPolitics
14 Nov 2026 • 1:49 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Bubar, pecat terserah pada PM – Mohamed Khaled

KOTA TINGGI – Keputusan muktamad mengenai hala tuju kerajaan perpaduan wajar diserahkan sepenuhnya kepada Perdana Menteri, manakala pihak lain tidak perlu terlalu berlebih-lebihan dalam mengulas isu berkenaan.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata segala ketetapan berhubung tindakan seperti pembubaran, pemecatan mahupun penggantungan adalah tertakluk di bawah budi bicara Perdana Menteri sepenuhnya.

​”Pokoknya segala-galanya terserah pada Perdana Menteri, dia nak bubar ke, dia nak pecat ke, dia nak gantung ke, dia nak apa ke, semuanya pada dia,” katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Majlis Peluncuran Sekolah Angkat Madani – Malaysia Defence Intelligence Organisation (MDIO) Di Sekolah Kebangsaan Panchor, di sini hari ini.

Terdahulu media melaporkan Pengerusi Kebangsaan DAP, Gobind Singh Deo mendesak supaya Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi meletakkan jawatan sekiranya tidak menyokong kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

UMNO kemudian mengemukakan empat pilihan kepada parti itu termasuk kemungkinan pembubaran Parlimen susulan ketidakpuasan hati DAP berhubung perkembangan pengampunan bersyarat bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

The post Bubar, pecat terserah pada PM – Mohamed Khaled appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved