Keputusan tambahan dua kerusi PN diserah pada pucuk pimpinan

LocalPolitics
24 Oct 2026 • 1:15 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Keputusan tambahan dua kerusi PN diserah pada pucuk pimpinan

KUALA LUMPUR: Permintaan tambahan dua kerusi untuk Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka diserahkan kepada pucuk pimpinan parti untuk membuat keputusan.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, perkara itu akan diputuskan nanti dalam masa dekat.

“Saya ingat yang itu (dua kerusi), biar nanti parti putuskan,” katanya ketika ditemui pada Majlis Perasmian Perhimpunan Agung Negara Ke-100 Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (PVATM) di sini hari ini.

Sebelum ini, Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, PN berharap rundingan dapat diadakan bagi mendapatkan tambahan dua lagi kerusi pada PRN Melaka.

Beliau berkata, meskipun tujuh kerusi telah diperuntukkan Barisan Nasional (BN) kepada Pas menerusi kenyataan Pengerusi BN, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, keputusan muktamad berhubung pembahagian kerusi akan ditentukan oleh Jawatankuasa Perundingan Kerusi. – UTUSAN

The post Keputusan tambahan dua kerusi PN diserah pada pucuk pimpinan appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved