Bubar Parlimen, pecat atau gantung, semua keputusan di tangan PM -Khaled Nordin

LocalPolitics
14 Nov 2026 • 2:10 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menegaskan bahawa segala keputusan berhubung kemelut hubungan antara UMNO dan DAP, termasuk kemungkinan pembubaran Dewan Rakyat, terserah kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

PM ada kuasa tentukan tindakan perlu diambil

Memetik laporan daripada Buletin TV3, beliau menegaskan Perdana Menteri mempunyai kuasa untuk menentukan tindakan yang perlu diambil susulan perbezaan pendirian antara parti dalam Kerajaan Perpaduan ketika ini.

“Pokoknya segala-galanya terserah pada Perdana Menteri, dia nak bubar ke, dia nak pecat ke, dia nak gantung ke, dia nak apa ke, semuanya pada dia,” katanya ketika diminta mengulas empat pilihan yang dikemukakan UMNO bagi menangani kemelut hubungan dengan DAP, termasuk cadangan pembubaran Dewan Rakyat.

Image from: Bubar Parlimen, pecat atau gantung, semua keputusan di tangan PM -Khaled Nordin

UMNO-PAS tak tolak kaum lain

Dalam pada itu, Khaled berpandangan keadaan apabila sesebuah parti bekerjasama di peringkat Kerajaan Persekutuan tetapi mempunyai pendekatan politik berbeza di peringkat negeri mungkin menjadi satu kebiasaan.

Beliau turut menegaskan kerjasama antara UMNO dan PAS tidak seharusnya dianggap sebagai usaha menolak penyertaan kaum atau parti lain.

“Kerjasama UMNO dengan PAS itu tidak menolak kaum lain. Kalau mereka nak sertai, mereka boleh sertai dan memang banyak yang sertai seperti MCA, MIC dan Gerakan.
“Jadi, mana UMNO dan PAS menolak kerjasama atau tidak menerima kaum lain?” katanya.

Image from: Bubar Parlimen, pecat atau gantung, semua keputusan di tangan PM -Khaled Nordin

Untuk rekod, ketegangan antara UMNO dan DAP tercetus susulan perbezaan pendirian berhubung isu pengampunan bersyarat terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Sumber: Buletin TV3 (Azizi Majid)

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved