Budak 10 Tahun Bergelar Tahfiz, Berjaya Khatam Al-Quran Dalam Tempoh Hampir Lima Bulan

28 Mar 2025 • 12:31 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

image is not available
Budak 10 Tahun Bergelar Tahfiz

Seorang kanak-kanak yang dikenali sebagai Ahmad Ziyad curi perhatian ramai apabila berjaya bergelar tahfiz seawal usia 10 tahun dalam tempoh lebih empat bulan di Akademi al-Quran Akmal, baru-baru ini.

Menerusi video yang tular di aplikasi TikTok memaparkan kanak-kanak itu bersalam dan memeluk kedua ibu bapanya selepas selesai melakukan tasmik bagi menguji tahap pencapaian dalam penguasaan bacaan dan hafalan al-Quran.

Budak 10 Tahun Bergelar Tahfiz

@akademiakmal

Replying to @aisyahmaro MashaAllah, hari yang ditunggu-tunggu telahpun tiba. Alhamdulillah hari ini, hafiz cilik berumur 10 tahun ini telah berjaya khatam 30 Juzuk Al-Quran. Setelah banyak bertarung dengan air mata dek kerana dia terlalu mudah untuk menangis. Tak capai target dia akan menangis, tersangkut hafalan, juga dia akan menangis. Dan hari ini, ayat yang dikeluarkan dari mulutnya: “Saya taknak dah datang esok” menjadi kenyataan. Tahniah buat ibu ayah serta murabbiah yang mendidik. #akmalspeedtahfizprogramme #tahfizsetahun #adikziyyad #hafizviral #hafizcilikviral #abeyad

♬ original sound – Akademi Al-Quran AKMAL – Akademi Al-Quran AKMAL

Menurut perkongsian itu, pihak akademik tersebut mendedahkan Ahmad Ziyad tersebut terpaksa mengharungi pelbagai cabaran sebelum berjaya khatam 30 juzuk al-Quran.

“MashaAllah, hari yang ditunggu-tunggu telah pun tiba. Alhamdulillah hari ini, hafiz cilik berumur 10 tahun ini telah berjaya khatam 30 Juzuk Al-Quran.

“Setelah banyak bertarung dengan air mata dek kerana dia terlalu mudah untuk menangis. Tak capai target dia akan menangis, tersangkut hafalan, juga dia akan menangis.

“Dan hari ini, ayat yang dikeluarkan dari mulutnya: ‘Saya tak nak dah datang esok’ menjadi kenyataan. Tahniah buat ibu ayah serta murabbiah yang mendidik,” ujarnya.

Budak 10 Tahun Bergelar Tahfiz

image is not available

image is not available

image is not available

Tahniah Ahmad Ziyad!

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menzahirkan ucapan tahniah dan meluahkan rasa kagum melihat kebolehan yang dimiliki Ahmad Ziyad dalam menghafaz ayat-ayat suci al-Quran pada usia yang sangat muda.

image is not available

Hebat didikan ibu bapa

Malah, ramai yang memuji ibu bapa kanak-kanak itu dalam memberi pendidikan agama sejak kecil serta menanamkan kecintaan terhadap Al-Quran dalam kehidupan seharian.

Kejayaan Ahmad Ziyad bukan sahaja membanggakan keluarga, malah menjadi inspirasi kepada masyarakat.

image is not availableimage is not available

Untuk makluman, Ahmad Ziyad pernah tular di media sosial kerana menghafaz surah-surah sejak bayi lagi.