Budak 12 Tahun Naik Bas Senyap-Senyap Ke Kapit, Ditemui Selamat Lepas 9 Jam

27 Mar 2025 • 1:05 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Rupanya ‘Jalan-Jalan’ Sampai Kapit Seorang Diri

Budak 12 Tahun Naik Bas Senyap-Senyap Ke Kapit, Ditemui Selamat Lepas 9 Jam. Seorang budak lelaki berusia 12 tahun mencuri tumpuan ramai apabila berjaya menumpang bas secara senyap dari Kuching ke Kapit dalam satu kejadian yang mengejutkan ramai pihak semalam.

Menurut maklumat yang dikongsikan, kanak-kanak tersebut yang dikenali sebagai seorang yang ingin tahu dan agak hiperaktif telah dilaporkan hilang oleh ibu bapanya selepas tidak pulang dari sekolah. Pihak keluarga kemudiannya membuat laporan polis di Balai Polis Kota Sentosa.

image is not available

Dia berjaya bersembunyi di antara kerusi penumpang tanpa disedari oleh sesiapa.

Apa yang mengejutkan, budak tersebut sebenarnya telah menyelinap masuk ke dalam sebuah bas ekspres yang menuju ke Kapit. Sepanjang perjalanan sembilan jam yang turut singgah di Sibu, dia berjaya bersembunyi di antara kerusi penumpang tanpa disedari oleh sesiapa.

Setibanya di Kapit, seorang penumpang yang mengenali wajah budak itu dari hantaran media sosial mengenai kehilangan tersebut segera membawa dia ke Balai Polis Kapit.

Ketua Polis Daerah Kapit, DSP Rohana Nanu mengesahkan kejadian itu dan memaklumkan bahawa bapa kanak-kanak tersebut telah menjemputnya dari balai polis sekitar tengah malam sebelum mereka pulang ke Kuching.

“Hasil siasatan mendapati kanak-kanak itu menaiki bas atas kehendak sendiri dan bukan mangsa penculikan seperti yang dibimbangi pada awalnya.

“Ibu bapanya hanya mengetahui perkara sebenar selepas tiba di Kapit,” katanya ketika dihubungi.

Ketika dilaporkan hilang, kanak-kanak tersebut dilihat kali terakhir memakai pakaian seragam sekolah dan membawa beg galas.

Setelah ditemui dalam keadaan selamat, kes yang sebelum ini diklasifikasikan sebagai laporan orang hilang kini telah ditutup dengan status no further action (NFA).

Baca juga di sini: