Budak 4 Tahun M*ut Kerana Strok Haba, 3 Jam Tertinggal Dalam Kereta

LocalFamily & Parenting
21 Oct 2025 • 9:11 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

Seorang kanak-kanak perempuan berusia empat tahun ditemukan meninggal dunia dalam sebuah kereta di Tanah Putih, Gua Musang, semalam.

Menurut laporan, kejadian itu berlaku kira-kira jam 3.50 petang Isnin, mangsa ditemukan tidak sedarkan diri oleh bapanya sebelum disahkan meninggal dunia.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo, berkata mangsa dikejarkan ke Hospital Gua Musang dan disahkan meninggal dunia serta proses bedah siasat bagi mengenal pasti punca kematian dijalankan pakar patologi forensik.

Siasatan awal mendapati, bapa mangsa dikatakan tertinggal anaknya dalam kereta itu selama tiga jam selepas mereka pulang bersarapan bersama.

image is not available

“Pihak hospital mengesahkan punca kematian mangsa yang merupakan anak kedua daripada dua beradik itu disebabkan oleh strok haba,” katanya.

Katanya, siasatan lanjut masih dijalankan dan kes diklasifikasikan di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 serta Laporan Kematian Mengejut.

Sementara itu, polis menasihati orang awam tidak membuat sebarang spekulasi berkaitan kejadian ini yang boleh menimbulkan kekeliruan kepada masyarakat serta menggesa ibu bapa memastikan keselamatan anak mereka.

Sumber: Berita Harian

Sumber: Kosmo!

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.