Budak 6 tahun lemas jatuh kolam ketika mancing

4 Nov 2026 • 8:39 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Budak 6 tahun lemas jatuh kolam ketika mancing

KULAI – Seorang kanak-kanak lelaki ditemui mati lemas selepas dioercayai terjatuh dalam kolam takungan ketika memancing di Jalan Budiman, Kampung Melayu Kulai di sini pagi tadi.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kulai, Pegawai Bomba Kanan I, Awang Adzwan Awang Sahari berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian tersebut pukul 10.17 pagi.

Katanya, susulan itu, seramai enam anggota dibantu satu Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dikejarkan ke tempat kejadian yang jaraknya empat kilometer dari balai.

“Setibanya Pasukan Keluaran Operasi (PKO) di tempat kejadian mendapati seorang mangsa kanak kanak lelaki dipercayai telah terjatuh ke dalam kolam takungan.

“PKO bertindak menjalankan operasi menyelamat menggunakan tali dan stretcher bagi membawa mangsa keluar dari kolam tersebut,”katanya dalam kenyataan di sini.

Menurut Awang Adzwan lagi, mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pembantu pegawai perubatan yang hadir di lokasi kejadian sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.-KOSMO! ONLINE

The post Budak 6 tahun lemas jatuh kolam ketika mancing appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved