Budak 9 Tahun Berdepan Detik Cemas, Cedera Di Perut Akibat Tercuc*k Besi Pengayuh Basikal

Entertainment
17 Aug 2025 • 11:35 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Seorang kanak-kanak lelaki di Kampung Manik Urai Baru, Kuala Krai di negeri Kelantan berdepan detik cemas semalam apabila mangsa yang berusia sembilan tahun cedera pada perut akibat tercucuk besi pengayuh basikal.

Menurut laporan Berita Harian, budak lelaki itu kemudiannya telah dibantu oleh pihak bomba dan penyelamat daerah Kuala Krai untuk menyelamatkan mangsa.

Difahamkan, alat khas seperti hand grinder telah digunakan oleh anggota-anggota bomba untuk memotong besi tersebut tanpa menyebabkan kecederaan lain kepada kanak-kanak tersebut.

image is not available

Besi pangayuh basikal itu kemudiannya berjaya dipotong dan selepas itu, mangsa terus dibawa ke hospital berdekatan untuk dirawat.

Walau bagaimanapun, bagaimana besi pengayuh basikal itu boleh tercucuk pada perut mangsa tidak dikongsikan kepada umum.

Sumber:

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.