Budak dipercayai maut akibat dikelar: Suspek direman – Polis Sibu

29 Aug 2026 • 2:31 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

Image from: Budak dipercayai maut akibat dikelar: Suspek direman – Polis Sibu

Lelaki 49 tahun disyaki bapa saudara mangsa direman sehingga Sept 4 berhubung kes kanak-kanak lelaki maut dikelar di bahagian leher di Sibu.

SIBU: Seorang lelaki yang ditahan bagi membantu siasatan kes seorang kanak-kanak lelaki yang maut dipercayai dikelar pada bahagian leher di sini semalam direman sehingga 4 Sept ini.

Ketua Polis Daerah Sibu ACP Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata suspek berusia 49 tahun yang dipercayai bapa saudara mangsa dibawa ke Mahkamah Sibu pagi tadi dan permohonan reman terhadapnya diluluskan bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan.

Beliau berkata saringan awal air kencing terhadap suspek turut didapati positif dadah jenis methamphetamine dan amphetamine.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

“Polis menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarkan maklumat yang belum disahkan serta memberi ruang kepada pihak polis menjalankan siasatan secara menyeluruh,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Abang Zainal Abidin berkata Ibu Pejabat Polis Daerah Sibu menerima laporan daripada orang awam kira-kira 1.45 tengah hari semalam berhubung kejadian seorang kanak-kanak lelaki yang dipercayai dikelar pada bahagian leher oleh bapa saudaranya.

Beliau berkata mangsa kemudian dikejarkan ke Hospital Sibu untuk mendapatkan rawatan, namun disahkan meninggal dunia di Unit Kecemasan hospital berkenaan.

Susulan maklumat diterima, polis menahan suspek yang dipercayai terlibat dalam kejadian itu selain merampas beberapa barang kes di lokasi kejadian.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved