Budak ditinggalkan tepi jalan bergaduh dengan adik, bapa ditahan

10 Nov 2026 • 6:54 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Budak ditinggalkan tepi jalan bergaduh dengan adik, bapa ditahan

NILAI – Berang dua anak bergaduh di dalam kereta dipercayai menjadi punca kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun ditinggalkan bapanya di tepi jalan sebelum terjatuh ketika berpaut pada kereta di Plaza Tol Nilai, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Johari Yahya berkata, kejadian terbongkar selepas pihaknya menahan bapa mangsa yang merupakan warga China berusia 45 tahun di sebuah rumah di Kuala Lumpur pada pukul 12.15 tengah hari tadi.

Johari berkata, hasil soal siasat mendapati lelaki itu mengaku terlibat dalam kejadian pada pukul 1 tengah hari semalam.

“Ketika kejadian, lelaki itu bersama ahli keluarganya bertolak dari Cheras, Kuala Lumpur menuju ke Pantai Bagan Lalang, Selangor untuk beriadah.

“Sewaktu dalam perjalanan, anak sulung suspek iaitu mangsa yang juga warga China bertengkar dengan adiknya di dalam kereta menyebabkan suspek naik angin.

“Selepas melepasi Plaza Tol Nilai, suspek memberhentikan keretanya di tepi jalan dan mengarahkan mangsa keluar sebelum memarahinya,” katanya kepada pemberita hari ini.

Beliau berkata, suspek kemudian meninggalkan anaknya di tepi jalan dan meneruskan pemanduan dengan alasan mahu memberikan pengajaran kepada kanak-kanak tersebut.

Katanya, suspek mendakwa melihat anaknya terjatuh atas jalan sebelum berpatah balik dan membawa kanak-kanak itu ke klinik swasta di Bandar Baru Nilai bagi mendapatkan rawatan.

The post Budak ditinggalkan tepi jalan bergaduh dengan adik, bapa ditahan appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved