
SANDAKAN: Operasi mencari dan menyelamat (CARILAMAT) seorang remaja lelaki yang hilang di perairan Tanjung Semawang, disini, sejak Sabtu lalu dihentikan setelah mayat mangsa ditemui orang awam di hadapan perairan Tanjung Pisau kira-kira jam 8.00 pagi Rabu.
Pengarah Zon Maritim Sandakan, Kepten Maritim Muhamad Suhairy Hussain, berkata, sebelum itu, mangsa, Muhammad Nor Aiman Arif, 14, yang juga pelajar sekolah menengah disini ditemui lengkap berpakaian seperti hari dia dilaporkan hilang selepas keluar menangkap udang di laut bersama ayah dan beberapa rakannya sekitar pukul 5.30 pagi, Sabtu lalu.
AdvertisementAdvertisementKehilangan mangsa disedari apabila remaja itu tidak pulang ke rumah seperti biasa, menyebabkan keluarga dan penduduk kampung segera melaporkan kejadian kepada pihak berkuasa selepas mendapati hanya topi berada dipermukaan dekat bot dinaikinya.
Mangsa juga dipercayai telah dibawa arus selepas remaja itu dilapor terjatuh dari bot yang dinaiki.
SPONSORED CONTENT How Spritzer’s silica rich natural mineral water makes your skin healthier When it comes to skincare, the first thought on our minds would be beauty products such as serums, creams, and masks. However, beauty experts and even researchers have stated that drinking more water can be just as crucial for your skin's health. Read more Operasi mencari dan menyelamat (CARILAMAT) seorang remaja lelaki yang hilang di perairan Tanjung Semawang, disini, sejak Sabtu lalu dihentikan setelah mayat mangsa ditemui orang awam di hadapan perairan Tanjung Pisau kira-kira jam 8.00 pagi Selasa.
Pengarah Zon Maritim Sandakan, Kepten Maritim Muhamad Suhairy Hussain, berkata, sebelum itu, mangsa, Muhammad Nor Aiman Arif, 14, yang juga pelajar sekolah menengah disini ditemui lengkap berpakaian seperti hari dia dilaporkan hilang selepas keluar menangkap udang di laut bersama ayah dan beberapa rakannya sekitar pukul 5.30 pagi, Sabtu lalu.
Kehilangan mangsa disedari apabila remaja itu tidak pulang ke rumah seperti biasa, menyebabkan keluarga dan penduduk kampung segera melaporkan kejadian kepada pihak berkuasa selepas mendapati hanya topi berada dipermukaan dekat bot dinaikinya.
Mangsa juga dipercayai telah dibawa arus selepas remaja itu dilapor terjatuh dari bot yang dinaiki.



