Hari ke-4 remaja hilang di perairan Sandakan, ops carilamat dihentikan

19 Feb 2025 • 11:54 AM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Mardinah Jikur

SANDAKAN: Operasi mencari dan menyelamat (CARILAMAT) seorang remaja lelaki yang hilang di perairan Tanjung Semawang sejak Sabtu lalu dihentikan setelah memasuki hari keempat selepas tiada sebarang petunjuk baharu ditemui.

Pengarah Zon Maritim Sandakan, Kepten Maritim Muhamad Suhairy Hussain berkata, operasi pencarian ini melibatkan empat buah vesel dan satu unit dron daripada pelbagai agensi sahabat dengan bantuan beberapa buah bot penduduk kampung.

Advertisement“Sepanjang operasi ini, kawasan pencarian telah diperluas sehingga 72 batu nautika persegi," katanya.

"Namun, faktor perairan yang semakin luas serta beberapa kawasan cetek menyukarkan lagi misi pencarian,” jelasnya.

SPONSORED CONTENT How Spritzer’s silica rich natural mineral water makes your skin healthier When it comes to skincare, the first thought on our minds would be beauty products such as serums, creams, and masks. However, beauty experts and even researchers have stated that drinking more water can be just as crucial for your skin's health. Read more Menurut beliau, operasi rasmi carilamat telah ditamatkan pada pukul 6.30 petang

semalam, namun pemantauan tetap diteruskan menerusi rondaan aset Maritim Malaysia serta agensi sahabat yang bertugas di kawasan perairan berdekatan.