Budak jadi perhatian, suara seperti ‘alarm’ ayam

17 Aug 2026 • 4:56 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Budak jadi perhatian, suara seperti ‘alarm’ ayam

GEORGE TOWN – Gelagat seorang kanak-kanak yang menjenguk keluar dari tingkap sebuah van sekolah sambil ‘berkokok’ seperti ayam bukan sahaja mencuri perhatian orang awam di situ, malah mencuit hati pengguna media sosial selepas video itu tular, baru-baru ini.

Menerusi video berdurasi 14 saat itu, kanak-kanak berkenaan dilihat selamba melayan permintaan seorang individu yang berada berhampiran van tersebut.

Dalam video tersebut, pemandu kereta berkenaan dipercayai berseloroh mengenai kanak-kanak itu yang dikatakan “asal balik sekolah saja jadi ayam”, selain mendakwa sudah “bau ayam”.

Gelagat spontan itu mengundang reaksi lucu daripada pengguna media sosial yang menyifatkan kanak-kanak berkenaan mempunyai perangai mencuit hati dan pandai melayan gurauan.

“Hebat adik ni. Boleh ganti jadi ‘alarm’ ayam aku ni. Aku ni susah nak bangkit tidur,” komen Ais Hancur.

“Minta budak ini datang ke rumah saya dan jadi alarm saya boleh? Susah saya nak bangun walaupun fon saya bunyi anjing salak satu kampung,” balas Jadee Dee.

Sehingga kini, video yang dimuat naik di media sosial itu mendapat ratusan tanda suka serta pelbagai komen daripada pengguna yang terhibur dengan gelagat kanak-kanak terbabit. -KOSMO! ONLINE

The post Budak jadi perhatian, suara seperti ‘alarm’ ayam appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved