“Nama Unik Ni Satu Je Dalam Malaysia” – Warga Emas Dikenali Sebagai Entah Binti Ta’tahu Curi Perhatian

13 Aug 2026 • 11:06 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

Seorang wanita warga emas mencuri perhatian pengguna media sosial selepas namanya yang cukup unik, Entah binti Ta’tahu, didedahkan menerusi sebuah video yang tular baru-baru ini.

Wanita berkenaan yang tinggal di Kuala Krau, Temerloh, Pahang memberitahu namanya ketika berbual bersama Ketua UMNO Bahagian Kuala Krau, Datuk Seri Dr Ismail Mohamed Said.

Advertisement

Menerusi video yang dikongsikan Ismail di TikTok, beliau turut menunjukkan MyKad milik wanita berkenaan yang memaparkan nama Entah binti Ta’tahu.

“Anak-anak Gen Z tak caya (percaya) bila koi koba (saya bagitahu). Nah Mak Cik Entah bawa keluar IC (kad pengenalan). Nama unik ni satu je dalam Malaysia,” katanya.

Netizen kongsi nama unik ahli keluarga

Perkongsian tersebut ternyata menghiburkan ramai dan ruangan komen turut dibanjiri pengguna media sosial yang berkongsi kisah mengenai nama unik datuk, nenek serta saudara-mara mereka.

“Nenek saya nama Sepak binti Tunggul,” komen pengguna TikTok Sahabatku Yang Empat.

Seorang lagi netizen turut mendakwa nenek dan datuk saudaranya mempunyai nama yang tidak kurang unik.

“Nenek saya pula Sampah. Datuk saudara saya pula, Pungut. Aku tak tahu lah orang dulu bagi nama anak macam mana,” komen Zoolzul88.

Malah, ada netizen mendakwa pernah mendengar kisah mengenai individu bernama ‘Entah Tak Tahu’ sejak kecil sebelum terkejut apabila melihat perkongsian tersebut.

“Arwah mak saya pernah cerita ada orang nama ‘Entah Tak Tahu’. Kejadian berlaku sebab jururawat tu tanya nama bayi baru lahir. Maknya jawab Entah Tak Tahu. Jadi misi tu tulis la nama Entah binti Tak Tahu. Cerita tu dengar waktu kecil, tapi baru sekarang jumpa orangnya. Allahuakbar,” kata K Fiys.

Bagaimanapun, kisah mengenai bagaimana nama tersebut didaftarkan seperti diceritakan netizen itu hanyalah perkongsian di ruangan komen dan tidak dapat dipastikan kesahihannya.

Apa pun, nama unik Mak Cik Entah nyata membuatkan ramai terhibur dan pada masa sama tertanya-tanya mengenai kisah sebenar di sebalik namanya.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

KA2026-08-12 14:28:18

Wajah Khairul Aming Jadi Maskot Rumah Sukan Sekolah, Reaksi KA Buat Netizen Terhibur

The post “Nama Unik Ni Satu Je Dalam Malaysia” – Warga Emas Dikenali Sebagai Entah Binti Ta’tahu Curi Perhatian first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved