
JAKARTA – Seorang kanak-kanak lelaki di Pontianak, wilayah Kalimantan Barat menerima pujian orang ramai kerana sanggup berjalan sejauh 2 kilometer untuk membuat laporan polis bahawa ibunya disiksa, lapor laman berita Lambe Turah.
Kanak-kanak berkenaan tiba di Ibu Pejabat Polis Pontianak Barat bersama rakannya pada pukul 12.30 tengah hari (waktu tempatan), baru-baru ini.
“Ibu saya disiksa tuan,” katanya kepada anggota polis.
Susulan laporan tersebut, Ketua Polis Pontianak Barat, AKP Basuki Arif Wibowo mengerahkan pasukannya ke rumah mangsa dan mendapatkan keterangan daripada si suami bernama Muhammad Hassan.
Hassan mendakwa ia merupakan masalah rumah tangga dan isterinya, Noviana sedang tidur di dalam bilik.
Namun, mereka terkejut apabila Noviana ditemukan dengan luka pada bibirnya, manakala keadaan di dalam rumah terlalu berselerak.
Siasatan sedang dijalankan dan pihak berkuasa sedang memburu suspek yang melarikan diri. – AGENSI
The post Budak lelaki jalan kaki 2 kilometer mengadu ibu dipukul appeared first on Kosmo Online.





