Empat termasuk kanak-kanak, bayi maut kenderaan rempuh lori treler

24 Oct 2026 • 11:10 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Empat termasuk kanak-kanak, bayi maut kenderaan rempuh lori treler

BATU PAHAT: Seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun dan bayi lelaki berusia sembilan bulan antara empat sekeluarga yang maut selepas kenderaan dinaiki mereka terlibat dalam kemalangan di Kilometer 107 Lebuhraya Utara-Selatan arah selatan, petang tadi.

Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan I, Mohd. Hafiz Mohd. Shahid berkata, kejadian itu dilaporkan berlaku pada pukul 5.19 petang, apa kenderaan jenis Ford Ranger dinaiki enam individu merempuh belakang lori treler jenis Scania yang diletakkan di tepi jalan.

Katanya, selain kanak-kanak dan bayi berkenaan, dua lagi mangsa yang maut merupakan wanita warga emas.

“Seorang lelaki berusia lingkungan 40-an yang turut berada dalam Ford Ranger itu cedera, manakala seorang lagi mangsa telah dibawa ke hospital oleh pasukan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) anggota bomba tiba.

“Kemalangan itu turut melibatkan sebuah Toyota Vios dinaiki dua individu, masing-masing lelaki berusia 70 tahun dan wanita berusia 35 tahun. Kedua-duanya dilaporkan cedera,” katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.

Tambah Mohd. Hafiz, pemandu lori treler berkenaan dilaporkan selamat.

“Rawatan awal telah diberikan kepada mangsa selamat, manakala empat mangsa maut diserah kepada polis untuk tindakan lanjut,” katanya sambil menambah operasi ditamatkan pada pukul 6.11 petang.-UTUSAN

The post Empat termasuk kanak-kanak, bayi maut kenderaan rempuh lori treler appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved