Budak lelaki umur 9 tahun maut jatuh tingkat 13

1 Jun 2026 • 12:20 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Budak lelaki umur 9 tahun maut jatuh tingkat 13
Khairul Anuar (gambar kecil) memaklumkan, Kes diklasifikasi di bawah Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001.

AMPANG - Seorang kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun maut selepas terjatuh dari tingkat 13 sebuah apartment di Taman Cahaya Ampang di sini pada Ahad.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Khairul Anuar Khalid berkata, maklumat kejadian diterima pihaknya pada jam 7.45 petang.

"Siasatan awal mendapati mangsa telah jatuh dari tingkat 13 dan meninggal dunia di lokasi kejadian.

"Mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Ampang untuk bedah siasat," katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Beliau berkata, mangsa dikatakan berada di rumah bersendirian ketika kejadian.

Katanya, siasatan masih dijalankan dan polis telah mengambil keterangan lima individu termasuk ibu bapa mangsa.

Kes diklasifikasi di bawah Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001.

 

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved