JEMPOL - Dua beradik maut selepas kereta dinaiki terlibat dalam kemalangan di Kilometer 11 Jalan Bahau-Kemayan di sini pada malam Ahad.
Ketua Polis Daerah Jempol, Superitenden Norhisham Mustapar berkata, ketika kejadian jam 8.40 malam itu, kereta Volkswagen dinaiki mereka dalam perjalanan dari arah Kuala Pilah menuju Temerloh, Pahang.
"Kereta jenis Volkswagen terbabit dipandu oleh lelaki berusia 31 tahun bersama dua adik lelaki berusia 27 dan 25 tahun.
"Kejadian dipercayai berlaku apabila kereta dipandu mangsa hilang kawalan ketika melalui selekoh sebelum terbabas ke bahu jalan sebelah kanan dari arah bertentangan dan merempuh pula sebatang pokok," katanya dalam kenyataan pada Isnin.
Menurutnya, kejadian itu mengakibatkan pemandu yang bekerja sebagai pegawai keselamatan dan penumpang belakang berusia 25 yang juga penuntut Universiti Kuala Lumpur(UniKL) maut di tempat kejadian akibat cedera parah.
Tambahnya, penumpang hadapan turut cedera dan sedang mendapatkan rawatan di Hospital Jempol.
Beliau berkata, orang kejadian supaya menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Muhammad Fasha Haiqal Mohd Faisal di talian 016-3627746 bagi membantu siasatan.






