Budak maut jatuh tingkat 13: Lapan individu termasuk ibu bapa direkod keterangan

LocalFamily & Parenting
2 Jun 2026 • 1:02 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Budak maut jatuh tingkat 13: Lapan individu termasuk ibu bapa direkod keterangan
Laporan Sinar Harian pada Isnin lalu.

AMPANG - Lapan individu termasuk ibu bapa kepada kanak-kanak yang maut terjatuh dari tingkat 13 sebuah apartment di Taman Cahaya Ampang di sini Ahad lalu telah diambil keterangan bagi membantu siasatan.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Khairul Anuar Khalid berkata, siasatan kes ini masih dijalankan.

"Setakat ini lapan orang telah diambil keterangan.

"Proses bedah siasat mangsa juga telah selesai di Hospital Ampang," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Selasa.

Sinar Harian pada Isnin melaporkan seorang kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun maut dalam kejadian itu.

Dalam kejadian itu, mangsa dikatakan berada di rumah bersendirian.

Kes diklasifikasi di bawah Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved