'Tak sangka dia pula pergi...' Baru 2 minggu bapa meninggal, lelaki maut tragedi Simpang Renggam bersama 3 ahli keluarga

2 Jun 2026 • 9:35 AM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

Image from: 'Tak sangka dia pula pergi...' Baru 2 minggu bapa meninggal, lelaki maut tragedi Simpang Renggam bersama 3 ahli keluarga

BELUM pun sempat air mata kering selepas kehilangan bapa tersayang akibat kanser usus dua minggu lalu, sebuah keluarga sekali lagi diuji dengan ujian yang cukup berat apabila empat ahli keluarga mereka dijemput Ilahi serentak dalam satu kemalangan tragis.

Nahas jalan raya yang melibatkan lima buah kenderaan di Jalan Johor Bahru-Ayer Hitam, Simpang Renggam, Johor itu bukan sahaja meragut nyawa Mohd Aiman Mohd Rashid, 36, malah turut membawa pergi isterinya, Nor Azlina Abd Latif, 33, ibu mentuanya, Semek Mat Soh, 73, serta anak saudara kesayangan, Nur Airish Syifa Sidek yang baru berusia 10 tahun.

Image from: 'Tak sangka dia pula pergi...' Baru 2 minggu bapa meninggal, lelaki maut tragedi Simpang Renggam bersama 3 ahli keluarga

"Arwah masih bersedih selepas kehilangan ayahnya dua minggu lepas, namun tidak sangka dia pula pergi meninggalkan kami hari ini.

Kesedihan kami sekeluarga belum lagi reda... hari ini menerima pula berita yang lebih memilukan."

Image from: 'Tak sangka dia pula pergi...' Baru 2 minggu bapa meninggal, lelaki maut tragedi Simpang Renggam bersama 3 ahli keluarga

Begitulah luahan sayu ibu saudara arwah, Nor Haida Dolah, 54, ketika ditemui di kediamannya di Taman Sejati, Bandar Al-Muktafil Billah Shah (AMBS), Dungun.

Mengimbau semula detik hitam tersebut, Mohd Aiman yang bekerja di Ladang Kelapa Sawit Felda Ulu Sedili, Johor dipercayai sedang dalam perjalanan bersama keluarganya untuk menghadiri majlis kenduri di Telok Emas, Melaka.

Image from: 'Tak sangka dia pula pergi...' Baru 2 minggu bapa meninggal, lelaki maut tragedi Simpang Renggam bersama 3 ahli keluarga

Malah, pemergian pasangan suami isteri yang mendirikan rumah tangga sejak 2017 itu turut dirasai kerana sifat mereka yang sangat murni.

Menurut Nor Haida, anak saudaranya itu merupakan seorang yang sangat budiman dan sentiasa meletakkan kebajikan orang tua sebagai keutamaan.

Image from: 'Tak sangka dia pula pergi...' Baru 2 minggu bapa meninggal, lelaki maut tragedi Simpang Renggam bersama 3 ahli keluarga

Arwah bukan sahaja menjaga kebajikan arwah bapanya, Mohd Rashid Dolah, 59, dan ibunya, Fauziah Abdullah, 59, tetapi juga sangat mengambil berat tentang ibu mentuanya yang sudah uzur.

Pertemuan terakhir mereka pada Aidiladha rabu lalu langsung tidak menunjukkan sebarang kelainan, melainkan kemesraan biasa yang sering ditinggalkan sebagai memori manis.

Pasangan yang belum dikurniakan cahaya mata itu sempat pulang ke Ulu Sedili pada Khamis lepas bersama anak saudara mereka, Nur Airish Syifa.

Malangnya, perancangan untuk menghantar kanak-kanak itu pulang ke Dungun sebelum sesi persekolahan bermula tidak kesampaian.

Berita mengejutkan itu diterima Nor Haida sekitar jam 1.30 tengah hari sebelum dia segera memaklumkan kepada ibu bapa Nur Airish Syifa.

Image from: 'Tak sangka dia pula pergi...' Baru 2 minggu bapa meninggal, lelaki maut tragedi Simpang Renggam bersama 3 ahli keluarga

Susulan itu, ibu Mohd Aiman bersama waris yang lain telah pun bergegas ke Hospital Enche' Besar Hajah Khalsom, Kluang, Johor bagi menguruskan proses membawa pulang keempat-empat jenazah untuk dikebumikan di kampung halaman.

Sumber : Bernama