Budak Nyaris Dilanggar Kenderaan Selepas Melintas Secara Tiba-tiba [Video]

Family & Parenting
17 Jul 2026 • 10:56 AM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

Budak Nyaris Dilanggar Kenderaan Selepas Melintas Secara Tiba-tiba [Video]

Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Kita sentiasa dinasihatkan untuk berhati-hati ketika berada di jalan raya dan sentiasa waspada dengan keadaan sekeliling. Namun bagi kanak-kanak mereka mungkin belum memahami mengenai bahaya dan adakalanya gerak-geri mereka sukar untuk diduga.

Tular kanak-kanak hampir dilanggar oleh kenderaan sewaktu berada di tepi jalan

Baru-baru ini tular satu video memaparkan seorang kanak-kanak hampir dilanggar kenderaan apabila tiba-tiba melintas dari tepi jalan.

Menerusi video tular dikongsikan oleh Paul Vosko di Threads, awalnya kelihatan beberapa kenderaan berhenti di bahu jalan di kedua-dua arah.

Turut kelihatan beberapa individu berada di bahu jalan dipercayai untuk bergambar di kawasan yang dilihat seperti jambatan.

Kanak-kanak dilihat tiba-tiba berlari untuk melintas ke seberang jalan

Namun apa yang menjadi perhatian apabila seorang kanak-kanak yang terlindung daripada pandangan kamera papan pemuka (dashcam) secara tiba-tiba berlari daripada bahu jalan untuk melintas ke arah bertentangan.

Dalam masa sama kelihatan sebuah kenderaan SUV yang melalui jalan tersebut dan hampir melanggar kanak-kanak terbabit.

Lelaki dilihat segera berlari menarik kanak-kanak itu sebelum dilanggar

Seorang lelaki yang dipercayai bapa kepada kanak-kanak itu bagaimanapun segera berlari mendapatkan anaknya sebaik melihat dia berlari ke arah jalan.

Tindakan pantas si bapa menarik anaknya berjaya menyelamatkan kanak-kanak berkenaan daripada dilanggar kenderaan berwarna hitam itu.

Mereka kemudian dilihat kembali berdiri di tepi jalan sebelum datang seorang wanita mengambil dan mendukung kanak-kanak itu untuk melintas ke seberang jalan.

Menerusi video tular terbabit, insiden dipercayai berlaku pada 12 Julai 2026 yang lalu namun tidak dapat dipastikan di manakah lokasinya.

View on Threads

Rakaman papar kanak-kanak hampir dilanggar undang pelbagai reaksi

Melihat di ruangan balas, situasi itu mengundang pelbagai reaksi di kalangan orang ramai. Ini kerana ada yang mempersoal mengapa mereka berada di tepi jalan tersebut dan menyifatkan ia adalah perkara bahaya untuk berada di bahu jalan tanpa sebab yang jelas.

Bahkan ada yang berpendapat kawasan yang sibuk dengan kenderaan bukanlah tempat yang sesuai untuk berhenti.

Ada juga yang memarahi kenderaan berwarna hitam itu kerana ia dilihat seperti dipandu dengan laju ketika melalui kawasan berkenaan.

Tidak kurang ada yang menyifatkan mereka takut melihat video berkenaan kerana bimbang sekiranya berlaku perkara tak diingini.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved