Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Setiap kejayaan yang dikecapi bukan sahaja atas usaha sendiri tetapi ia juga turut diiringi oleh doa ibu bapa, keluarga termasuklah insan yang berada di sekeliling. Malah doa yang dikirimkan adalah sangat berharga kerana siapa tahu ia mungkin dimakbulkan Allah SWT.
Pemandu bas doakan pelajar nak jawab peperiksaan
Terbaharu, tular satu video memaparkan pemandu bas di sebuah Universiti Awam (UA) yang mencuri tumpuan ramai apabila dia dilihat mendoakan para penumpang yang terdiri daripada pelajar di institut berkenaan.
Menerusi video yang dikongsikan oleh @henloneds di TikTok, awalnya kelihatan Pakcik Mansor yang dipercayai pemandu bas di Universiti Utara Malaysia menadahkan tangannya untuk mendoakan para pelajar yang berada dalam kenderaan itu.
Difahamkan Pakcik itu mendoakan para pelajar yang akan mengambil peperiksaan.
Doa pelajar dapat jawab dengan tenang & dapat keputusan cemerlang
“Semoga buat (jawab exam) dengan tenang dan mendapat keputusan yang cemerlang. Semoga tuhan mempermudahkan urusan kamu semua di dunia dan akhirat,” doanya.
Malah sebelum memulakan perjalanan untuk menghantar para pelajar universiti itu ke destinasi masing-masing, dalam video tersebut Pakcik itu turut menyebut “pakcik sayang kamu semua.”
@henloneds
Ramai tersentuh dengar doa pemandu bas kepada pelajar untuk jawab peperiksaan
Melihat di ruangan komen, ramai yang tersentuh apabila mendengar doa pemandu bas berkenaan.
Malah ada yang menyifatkan dia bekerja dengan ikhlas untuk membawa para pelajar di universiti terbabit.
Tidak kurang juga ada bekas pelajar daripada UUM juga memaklumkan Pakcik berkenaan begitu baik dengan pelajar.
Bahkan ada yang mendoakan agar Pakcik itu dikurniakan kesihatan yang baik dan berpanjangan.
“Kenapa saya yang sedih”
![Image from: Pemandu Bas Semangat Doakan Para Pelajar Nak Ambil Exam Buat Ramai Tersentuh [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/07/pak-cik-bas-1.jpg)
“Kami alumni-alumni pun sayang pakcik. Semoga pakcik terus sihat”
![Image from: Pemandu Bas Semangat Doakan Para Pelajar Nak Ambil Exam Buat Ramai Tersentuh [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/07/pak-cik-bas-2.jpg)
“Pakcik sayang kamu semua. Ikhlas bawa bas macam bawa anak sendiri. Alhamdulillah”
![Image from: Pemandu Bas Semangat Doakan Para Pelajar Nak Ambil Exam Buat Ramai Tersentuh [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/07/pak-cik-bas-3.jpg)
“Semoga Pakcik bas dimurahkan rezeki, dilindungi perjalanan pergi dan balik kerja, sihat sejahtera selalu, rumah tangga aman damai, anak dan keluarga sihat sentiasa”
![Image from: Pemandu Bas Semangat Doakan Para Pelajar Nak Ambil Exam Buat Ramai Tersentuh [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/07/pak-cik-bas-4.jpg)



![“Level Bufet Hotel”- Lelaki Buat Egg Live Station Di Kantin Sekolah Buat Ramai Teruja [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/06/lelaki-buat-stesen-telur-800x467.jpg?t=1781749940)