BUDI MADANI: Inisiatif Kerajaan menyalurkan subsidi petrol RON95 kepada rakyat dengan harga RM1.99 seliter #DemiMalaysia

Personal Finance
22 Oct 2025 • 9:00 AM MYT
Zulkifly Baharom
Zulkifly Baharom

An HR practitioner, Sejahtera Leadership Coach & Gusi Peace Prize Laureate.

Image from: BUDI MADANI: Inisiatif Kerajaan menyalurkan subsidi petrol RON95 kepada rakyat dengan harga RM1.99 seliter #DemiMalaysia
Dr. Zul manafaat subsidi petrol BUDI95. Foto: Zarina

Bertujuan untuk mengurangkan beban kos sara hidup bagi golongan yang berpendapatan sederhana dan rendah (B40 dan M40), Kerajaan MADANI telah memperkenalkan inisiatif pada 30 September 2025 untuk menyasarkan semula subsidi petrol kepada rakyat Malaysia yang layak membeli petrol RON95 dengan harga subsidi RM1.99 seliter. Program ini dikenali juga sebagai BUDI95. Inisiatif ini memastikan subsidi disalurkan dengan lebih adil dan berkesan kepada kumpulan yang benar-benar memerlukan. Ia dapat mengawal selia ketirisan dan mencegah aktiviti penyeludupan dan menyalahgunaan subsidi. (https://www.budimadani.gov.my)

BUDI MADANI RON95 menyatakan kira-kira 16 juta rakyat Malaysia layak menikmati untuk menerima manafaat petrol RON95 melalui inisiatif dibawah bantuan BUDI95. Setiap individu yang layak boleh menerima subsidi untuk 300 liter petrol setiap bulan. Inisiatif ini tentunya dapat mengekang ketirisan subsidi kepada rakyat yang memerlukan dan mencegah penyeludupan . Selain itu, keenderaan awam & komersial yang diluluskan turut layak menerima.

Menurut stesen minyak yang menyediakan perkidmatan kepada saya & keluarga di Putrajaya, PETRONAS Arafoil Resources, melalui mekanisme subsidi bersasar ini, individu warga Malaysia yang layak boleh menikmati harga RON95 dengan harga RM1.99 seliter. Kelayakan hanya disahkan menggunakan MyKad & lesen memandu yang aktif atau melalui aplikasi seperti Setel & Touch 'n Go eWallet, dengan kuota bulanan yang diperuntukkan oleh kerajaan.

Image from: BUDI MADANI: Inisiatif Kerajaan menyalurkan subsidi petrol RON95 kepada rakyat dengan harga RM1.99 seliter #DemiMalaysia
Dr. Zul mendapati resit transaksi pembeliannya menunjukkan Program BUDI95 menawarkan diskaun sehingga 61 sen seliter untuk RON95 kepada pengguna yang layak. Foto: Arafoil

Saya mendapat maklumbalas amat menggalakkan daripada setaf PETRONAS Arafoil Resorces bahawa transaksi BUDI95 menunjukkan peningkatan yang positif dan memuncak ketika hujung minggu. Ini membuktikan rakyat bersedia menerima pendekatan subsidi bersasar yang dilaksanakan secara pantas, telus, efisen & memberikan manfaaat positif. Ia juga membuktikan keberkesanan sistem digital pengesahan MyKad di stesen minyak yang berjalan lancar serta stabil. Bagaimanapun, pemantauan serta penambahbaikan hendaklah sentiasa di buat dari masa ke semasa bersama pelanggan & agensi berkaitan.

Image from: BUDI MADANI: Inisiatif Kerajaan menyalurkan subsidi petrol RON95 kepada rakyat dengan harga RM1.99 seliter #DemiMalaysia
Dr. Zul menyatakan “Walaupun diskaun BUDI95 kelihatan kecil, ia memberikan kesan yang ketara kepada saya yang kerap menggunakan kenderaan.” Foto: Zarina

Inisiatif BUDI MADANI yang merupakan sebahagian daripada strategi ekonomi kerajaan untuk memastikan subsidi hanya sampai kepada golongan yang layak, dilihat sebagai langkah proaktif dalam membantu meringankan beban kewangan keluarga dalam kehidupan harian rakyat berpendapatan rendah.


Image from: BUDI MADANI: Inisiatif Kerajaan menyalurkan subsidi petrol RON95 kepada rakyat dengan harga RM1.99 seliter #DemiMalaysia

Kongsikan bagaimana inisiatif kerajaan atau perkhidmatan awam telah memberi kesan positif kepada masyarakat, dan berpeluang memenangi hadiah wang tunai sehingga RM10,500! Ketahui cara penyertaan di sini. T&S terpakai.


Zulkifly Baharom (hajizul50@gmail.com) adalah seorang penulis dalam program Newswav Creator, di mana anda boleh berkongsi cerita, meluahkan pandangan anda, atau menjadi wartawan rakyat dan pada masa yang sama mengewangkan kandungan anda & menjangkau jutaan pengguna di Newswav. Log masuk ke creator.newswav.com dan daftar sebagai Newswav Creator sekarang!

Kandungan Pengguna (“User Content” seperti yang ditakrifkan pada Syarat Penggunaan Newswav) di atas termasuk pandangan yang dinyatakan dan media (gambar, video, petikan dan lain-lain) dimuatnaik & diterbitkan oleh pengarang. Newswav adalah platform pengagregatan yang semata-matanya mengehoskan kandungan. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan tentang kandungan karya, hak cipta atau isu lain, sila hubungi creator@newswav.com.